00:00Unit Siasatan Jenayah Terkelas USJT, Jabatan Siasatan Jenayah JSJ Bukit Aman akan mengambil alih siasatan berhubung dua laporan yang dibuat bekas Panglima Tentera Darat PTD Tan Sri Muhammad Hafizuddin Jantan terhadap seorang aktivis pada Isnin.
00:15Perkara terbabit disahkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dalam kenyataan ringkas. Kata beliau pihaknya mengesahkan menerima laporan berkaitan perkara itu dan segala isi kandungan termasuk siasatan diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas JSJ Bukit Aman.
00:32Terdahulu, Muhammad Hafizuddin membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Dangwangi hari ini berhubung dakwaan kebocoran dokumen sulit perbankan serta penyebaran kenyataan tidak benar dan didakwa bersifat fitnah.
00:46Muhammad Hafizuddin juga sedang mempertimbangkan secara serius untuk mengambil tindakan sivil terhadap institusi perbankan yang berkaitan serta individu yang didakwa memfitnah beliau.
Comments