Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Ikuti perbincangan bersama Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan UPM, PROF Madya Dr Wan Marzuki Wan Jaafar.
Transcript
00:00Assalamualaikum, salam sejahtera, pantau agen reformasi hari ini bersiaran bersama saya Syaf Syukri dan semestinya kita memberi fokus kepada topik yang masih diperdebatkan pada waktu itu dan ketika ini susulan daripada pengumuman rancangan pendidikan negara RPN 2026-2035 yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lalu.
00:24Dan pastinya berlaku pelbagai perbincangan kami di Asrawan telah melakukan pelbagai analisis dan juga untuk memahami RPN ini bagi membolehkan orang ramai di luar sana faham mengenai pelancaran atau peluncuran inisiatif ini yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan.
00:39Dan pastinya ada beberapa fokus juga perkara utama ditekankan dalam RPN 2026 ke 2035 antaranya kita tahu kemasukan pelajar berusia 6 tahun ke tahun 1 dan juga peperiksaan untuk murid tahun 4 yang akan terus diperkenalkan.
00:55Dan untuk tahun ini melibatkan beberapa subjek utama merangkumi bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik Sains yang akan bermula pada tahun ini dan kemasukan pelajar berusia 6 tahun ke tahun 1 akan mula dilaksanakan pada tahun hadapan.
01:11Dan banyak persoalan ingin kita selami bersama di sebalik inisiatif yang dilancarkan ini.
01:17Saya bersama dengan Prof. Madia Wan Marzuki Wan Ja'far. Kita membincangkan mengenai aspirasi dasar dan realiti pelaksanaan. Assalamualaikum Prof.
01:27Waalaikumsalam Warahmatullah.
01:29Prof terima kasih kerana sudi bersama dengan Esra Wani untuk waktu dia jam ini Prof.
01:32Pastinya perbincangan ini diharap akan mampu memberikan kefahaman yang lebih kepada masyarakat khususnya ibu bapa di luar sana berhubung inisiatif RPN 2026 ke 2035 yang diumumkan minggu lepas.
01:43Baik Prof, kita terus saja kepada soalan saya pertama. Kita tahu antara fokus dan intipati utama ialah seperti saya sebutkan tadi, kemasukan pelajar berusia 6 tahun ke tahun 1.
01:53Kita melihat dari sudut realiti di lapangan Prof, adakah untuk setakat ini kalau kita melihat pada keadaan sebenar adakah kapasiti milik darjah, kemudahan sekolah serta sumber manusia khususnya melibatkan guru ini
02:04benar-benar bersedia untuk menampung peningkatan ini di sebalik jaminan yang diberikan oleh Fadlina Siddiq atau Menteri Pendidikan
02:12di mana beliau mengatakan kemasukan murid 6 tahun KPM jamin kapasiti sekolah dan juga guru mencukupi. Prof.
02:19Ok, Alhamdulillah terima kasih. So saya nampak satu perkara yang sangat positif di dalam kita melihat hasrat kerajaan untuk memperkasa pendidikan negara untuk memastikan negara kita terus maju, terus relevan.
02:39So persoalan dari segi kapasiti bilik darjah dan sebagainya saya nampak apa yang kita lihat sudah sebistinya kerajaan terutamanya Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai satu rangka dan juga pelan strategi yang tersusun sebelum perkara dasar dan polisi ini diluncurkan oleh yang berhormat Perdana Menteri.
03:07So perkara-perkara ini telah saya nampak telah diambil kira dan insyaAllah sudah semestinya dari masa ke semasa penambahbaikan itu boleh dilakukan.
03:20So kalau kita lihat dalam apa-apa dasar apa-apa polisi pun kalau kita tidak mula walaupun kita sudah rancang tentang persediaan dan sebagainya sudah semestinya sedikit sebanyak kita akan kita memerlukan penambahbaikan secara berterusan.
03:36So saya yakin perkara ini telah diambil kira oleh kerajaan insyaAllah.
03:43Baik Prof, kalau kita bercakap dari aspek infra untuk sekolah di kawasan bandar dan juga sekolah di luar bandar mungkin infranya itu berbeza.
03:51Jadi bagaimana Prof melihat pelaksanaan ini akan mula dilaksanakan tahun depan?
03:55dan mungkin berisiko mewujudkan jurang kualiti antara sekolah bandar dan luar bandar jika isu infrastruktur ini tidak ditangani secara serentak Prof?
04:04Ok kita lihat dari perspektif yang berbeza. Sudah semestinya kita lihat-lihat kebanyakan di sekolah bandar itu infranya mencukupi dan sebagainya.
04:16Sekolah di luar bandar bukan kita tidak kata tidak cukup tetapi infra itu ada dan kita melihat dari perspektif yang berbeza.
04:23Kapasiti penduduk adalah berbeza. Berbeza di bandar besar, mungkin bandar kecil dan juga di luar bandar.
04:32Dan kapasiti penduduk di luar bandar dia selari dengan kapasiti yang ada di sekolah di luar bandar.
04:40So itu adalah perkara yang kita lihat. Kapasiti di bandar mungkin kepadatan penduduknya adalah tinggi
04:46disebabkan oleh kebanyakan ibu bapa muda yang mempunyai anak-anak kecil ini mereka kebanyakan bekerja di bandar.
04:53Maka kemungkinan dari sisi kapasiti bilangan pelajar ataupun bilangan murid di bandar adalah besar.
05:00Dan apa yang lebih penting saya nampak sekolah-sekolah di bandar ini bersedia untuk menampung keperluan kapasiti yang besar ini.
05:09So tidak ada, mungkin ada sedikit jurang perbezaan tetapi tidak banyak. Jurang perbezaan itu tidak signifikan.
05:16Itu yang saya nampaklah.
05:18Baik Prof, antara intipati penting juga dalam peluncuran RPN 2026-2035 ini kita melihat kepada periksaan untuk pelajar tahun 4 yang akan diperkenalkan pada tahun ini.
05:30Mungkin ini sedikit sebanyak berdatang ke kegusaran kepada ibu bapa di luar sana.
05:34Tapi mungkin mereka tidak sedar bahawa metrik pembelajaran tahun 4 dan tingkatan 3 ini fokus kepada intervensi dan juga pengukuhan kurikulum Prof.
05:42Jadi soalan saya dekat sini, bagaimana untuk memahamkan ibu bapa dan juga masyarakat di luar sana khususnya yang penilaian tahun 4 ini berbeza daripada periksaan yang berorientasikan hafalan, rujukan yang pernah mungkin dikritik sebelum ini Prof.
05:57Ok, kita lihat kalau apa-apa sahaja sistem pembelajaran sama ada di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah, di peringkat universiti dan sebagainya.
06:09Sudah semestinya kita kena lihat tentang penilaian.
06:13So kalau kita tidak ada pembelajaran itu tanpa penilaian, kita tidak tahu setakat mana prestasi itu prestasi pelajar ataupun murid-murid kita.
06:22Ok, sebab itulah hasrat untuk mengadakan penilaian ataupun yang kita sebut dalam bahasa biasa adalah peperiksaan itu adalah hasrat yang penting.
06:32Dan hasrat ini adalah signifikan sebab apa?
06:35Sebab kita nak lihat di ruang manakah penambahbaikan yang kita perlu untuk kita didik supaya akhirnya rakyat kita mempunyai penguasaan terutamanya di dalam ilmu-ilmu yang penting.
06:49seperti ilmu-ilmu yang kita hasratkan untuk kemajuan sains dan teknologi.
06:55So kalau kita tidak ada satu sistem ataupun satu sistem penilaian yang tersusun, kita tidak dapat melihat di manakah keperluan tentang penambahbaikan terhadap sistem pembelajaran kita.
07:08So hasrat ini adalah satu hasrat yang sangat baik di mana kita mempunyai satu dasar, kita mempunyai satu asas untuk dimanakah penambahbaikan ruang pembelajaran ataupun penambahbaikan strategi pembelajaran yang perlu kita laksanakan
07:26untuk memastikan bahawa akhirnya penguasaan ilmu yang baik itu dapat dikuasai oleh murid-murid dan akhirnya mereka akan menjadi pemimpin negara pada masa akan datang.
07:37Tuan Prof, kita tahu juga yang peperiksaan ini menilai secara kukuh bukan kepada jumlah markah yang diperoleh semata-mata.
07:44Jadi bagaimana boleh kerajaan dan juga pembuat dasar memastikan penilaian ini pada akhirnya tidak menjadi peperiksaan berimpak tinggi atau high stake exam yang akhirnya mendorong kepada budaya seperti mungkin sama seperti yang berlaku sebelum ini,
07:58budaya tuition dan juga pembelajaran yang berasaskan markah semata-mata. The higher you score, the better you are.
08:04Ya, itu yang kita lihat. Sebagaimana kita tengok hasrat negara kita, kita berada di dalam negara maju dan kita juga harus melihat negara-negara maju yang sejajar dengan kita
08:19ataupun yang lebih baik daripada kita. So, apabila kita melihat penilaian ini bukannya berasaskan kepada tahap yang kita kata berbentuk hafalan semata-mata.
08:31Tetapi dia juga harus berbentuk yang kita lihat sudah sebenarnya kita dapat tengok dari segi kebolehan aplikasi kebolehan untuk membina keedah pemikiran, gaya berfikir murid-murid agar mereka lebih pintar, agar mereka lebih cekat dalam bidang-bidang yang kita hasratkan.
08:54itu adalah penting. Sebab apa? Apabila kita tidak ada langsung penilaian yang sistematik, penilaian yang tidak setara, maka intervensi yang lebih baik itu sukar untuk kita laksanakan.
09:09Sebab itulah apabila kita ada satu penilaian yang sistematik, kita tahu di mana perlunya penambahbaikan berterusan,
09:16maka hasrat kerajaan untuk memastikan akhirnya apabila murid-murid ini tamat belajar, mereka mempunyai satu set yang kita sebut kemahiran ataupun ilmu yang kita inginkan.
09:30Itu adalah pentinglah yang saya nampak.
09:32Jadi bagaimana Prof? Kita nak memberi pemahaman kepada beberapa di luar sana juga.
09:36Mungkin ada bunyi-bunyi yang mengatakan bahawa apa yang ditawarkan dahulu seperti kita tahu ada UPSR,
09:42peperiksaan tengah tahun, akhir tahun itu merupakan satu formula yang mungkin dilihat bagus pada waktu dekat-teki itu.
09:48Dan kenapa dengan adanya peperiksaan tahun empat ini menjadi lebih signifikan jika dibandingkan dengan sistem yang terdahulu Prof?
09:54Okay, kita nampak juga hasrat ini untuk kita membolehkan kalau kita lihat kalau di satu zaman dahulu kita tengok dulu UPSR di tahun yang ke-6.
10:09So itu adalah penilaian akhir yang kita tidak boleh buat apa-apa lagi penambahbaikan.
10:14Dan pada suatu ketika dahulu mungkin penilaian darjah 5.
10:19Okay, so apabila dah habis lajah 5 ada lagi penambahbaikan yang boleh dilakukan dalam masa yang setahun.
10:25So saya nampak hasrat ini kalau kita tengok di peringkat lebih awal maka kita nampak apakah kemahiran ataupun ilmu yang masih kurang
10:33sebelum mereka memasuki di peringkat sekolah yang lebih tinggi, sekolah menengah dan sebagainya.
10:40So kita ada satu ruang dan jangka masa yang cukup untuk kita melatih semula, mendidik semula anak-anak kita supaya mereka mempunyai kebolehan.
10:55Dan kebolehan ini penting kalau kita tengok kalau pelajar-pelajar yang tidak diberikan intervensi awal akhirnya kita tak nak pelajar-pelajar kita dia tidak minat.
11:03Apabila masuk tingkat tahun 1, tingkat tahun 2 apabila dia peningkat asas pendidik tak boleh maka dia akan terus ketinggalan.
11:10So hasrat kita kita nak tak nak bawa masyarakat kita tertinggal di dalam sistem pendidikan.
11:17Ini adalah perkara-perkara yang saya nampak apa yang kerajaan lihat untuk memastikan supaya hasrat bersama kita tercapai insyaAllah.
11:28Baik Prof, kita nak bertirat seketika selepas ini kita nak memberi fokus juga kerana ini merupakan satu inisiatif dan juga aspirasi yang besar rancangan pendidikan negara 2026 ke 2035 ini.
11:39Kita nak fokus juga kepada kualiti guru dan juga beban tugas itu Prof.
11:43Kita akan sambung perbualan sebentar lagi kita bertirat seketika bertemu semula selepas ini.
11:58Masih bersama saya Syafi Kri dan ini Pantau Agenda Reformasi kita memberi penekanan fokus kepada rancangan pendidikan negara 2026-2035 dibentangkan pada minggu lalu.
12:12Dan di bawah topik perbincangan aspirasi dasar dan realiti pelaksanaan saya masih bersama dengan Prof. Madia Wadmarzuki Wanjaafar dekan Fakulti Pengajian Pendidikan UPM.
12:20Terima kasih Prof kerana masih bersama dengan kami untuk waktu di jamin ini. Prof seperti saya sebutkan tadi untuk melaksanakan satu aspirasi ataupun inisiatif yang diumumkan pada minggu lalu itu pastinya memerlukan satu skop melihat kepada skop pelaksanaannya dalam aspek yang besar kita melihat kepada tugas guru juga bebanan tugas guru.
12:38Jadi kita nak melihatnya bagaimana pula dengan adanya RPN ini memberi fokus kepada banyak perkara-perkara tentu menjadi highlight khususnya seperti yang kita bincangkan sebentar tadi.
12:48Adakah kementerian pendidikan sendiri boleh ataupun mampu untuk menawarkan pelan peningkatan profesional, profesionalism guru-guru yang lebih jelas termasuk laluan kerjaya, latihan berterusan dan yang paling penting kesejahteraan mental guru ini Prof.
13:03Ok, terima kasih satu persoalan yang sangat baik. Sebab itulah kalau kita tengok di peringkat awal lagi kalau kita lihat dalam proses latihan keguruan ini kalau kita lihat di mana yang pertama kita lihat bahawa dalam proses kita memilih calon-calon guru yang dilatih.
13:25Yang pertama, sudah semestinya kita melihat dari segi kebolehan dia, kecekapan dia dan juga minat guru. Minat ya.
13:34Sebab minat adalah suatu perkara yang sangat penting. Di dalam apa-apa kerjaya, kalau kita berada dalam kerjaya yang kita minat, yang kita suka, maka kita akan suka buat kerja, pekerjaan itu.
13:45So, dari segi saya nampak dari segi latihan keguruan ini adalah suatu perkara yang sangat penting yang sentiasa dititik beratkan oleh fakulti pengajian pendidikan di Universiti Awam dan juga Institut Perguruan IPG ya, Institut Pendidikan Guru Malaysia.
14:05So, ini adalah hasrat yang pertama yang telah kita pilih calon-calon guru yang terbaik. Itu adalah perkara yang utama.
14:12So, apabila mereka ini dilatih dalam proses latihan itu, sudah semestinya mereka telah dididik dan dibina jati diri untuk menjadi seorang pendidik yang cemelang, seorang pendidik yang begitu, yang kita sebut passionate, yang berada di dalam bidang pendidikan.
14:28So, saya nampak latihan keguruan ini yang pertama adalah sangat penting untuk kita memastikan kita dapat bina guru yang mempunyai jati diri yang baik.
14:39So, apabila kita bekalkan guru di dalam jati diri yang baik, mereka akan berada di dalam sektor pekerjaan, berada di sekolah dan juga mempunyai hasrat yang murni untuk mendidik anak-anak bangsa.
14:50Okay, so apabila nampaknya hasrat murni ini, saya percaya secara keseluruhannya mereka akan terus berada di dalam sistem pendidikan dan juga memberi komitmen kerja yang baik.
15:02Tetapi dalam masa yang sama, pihak kementerian juga terus meningkatkan latihan profesionalisme keguruan walaupun berada di peringkat dalam pekerjaan.
15:15Untuk memastikan contohnya kemahiran-kemahiran baru, apabila dunia berubah, maka kemahiran-kemahiran baru yang diperlukan oleh guru juga berubah.
15:25Seperti mana kalau kita lihat perkembangan kecerdasan buatan, AI, Artificial Intelligence dan bagaimana perkara perkembangan ini dapat membantu untuk meringankan ataupun mempercepatkan tugas seorang guru itu juga adalah penting.
15:42Sebab itulah saya nampak bukan setakat semasa latihan yang kita berikan untuk latihan keguruan yang terbaik.
15:48Di dalam perkhidmatan juga, pihak kementerian juga sentiasa menambah nilai, menambah baik, menambah kecekapan agar guru kita terus relevan di dalam mendidik murid-murid yang berada di sekolah insyaAllah.
16:05Prof, ada juga beberapa soalan yang penting untuk ditanya juga untuk waktu nakit-kita ini kalau kita melihat kepada aspek fokus kualiti gurunya juga berbantukan sini Prof.
16:14Jadi bagaimana kerajaan boleh memastikan bahawa guru ini bukan sahaja bertindak, bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar yang diperkenalkan, dasar sedia ada ataupun untuk menambah baik dasar yang sedia ada.
16:26Tapi bagaimana nak melihat guru ini mampu berperanam jadi rakan strategik dalam melakukan reformasi pendidikan ini Prof?
16:35Saya nampak satu, saya melihat dari perspektif guru dan juga perspektif yang lebih besar adalah perspektif penjawab awam.
16:43Okey, sebab saya juga seorang pendidik walaupun pendidik di peringkat ilmustis.
16:49So apabila dasar ataupun hasrat kerajaan ini adalah satu hasrat yang besar untuk negara.
16:54So sebagai warga pendidik dan juga seorang penjawab awam yang committed terhadap aspirasi kerajaan, aspirasi negara, maka saya rasa itu adalah tidak ada isu yang besar.
17:08Mungkin adalah sedikit sebanyak yang perlu kita rectify ataupun perbaiki sana-sini tetapi secara umumnya itu adalah suatu tanggungjawab.
17:17Dan apabila konsep tanggungjawab dan juga konsep amanah ini dipegang oleh kita semua sebagai pendidik, sebagai penjawab awam, sebagai pekerja,
17:29sudah semisnya hasrat sesuatu organisasi itu dari sudut kecilnya dan hasrat negara yang lebih besar itu menjadi satu perkara yang penting yang harus kita sama-sama berikan komitmen.
17:43untuk kepentingan bersama bukan untuk kepentingan diri kita kan so itulah yang kita nampak kita harus melihat bahawa tanggungjawab ini adalah tanggungjawab bersama untuk kita bersama-sama berusaha untuk menyokong apa saja dasar dan juga polisi yang dihasratkan oleh kerajaan untuk memastikan negara kita menjadi negara yang lebih baik,
18:08negara kita menjadi negara yang lebih maju dan berdaya saing di peringkat global.
18:14Pastinya ya, segala cabaran akan di depan ini akan mampu ditangani di sebalik untuk kita menyaksikan jurang dan juga banyak perkara lain dapat diambil kita sebelum sesuatu inisiatif itu dapat benar-benar menjadi realiti dan juga berjaya.
18:30Prof, dalam konteks pula jurang pendidikan antara kawasan bandar dan juga luar bandar dan juga kepada golongan B40.
18:37Jadi, sejauh mana Prof melihat RPN ini benar-benar inklusif dan tidak bersifat one size fits all, Prof?
18:45Okay, saya nampak walaupun secara dasarnya kita ada satu dasar yang umum tetapi di dalam proses ataupun pendekatan pengajaran dan pembelajaran itu masih lagi fleksibel lah, masih lagi fleksibel.
19:01Di mana saya nampak ini adalah penting sebab kita kata ini berasaskan kepada kreativiti guru-guru ataupun kreativiti pendidik yang saya percaya mereka ini, kita semua ini faham.
19:16Apabila kita berada di dalam sesuatu masyarakat, kita berada di dalam masyarakat, kita memahami budaya, kita memahami kebolehan dan ini adalah kebolehan kita dan kita haruslah boleh beradaptasi dan fleksibel untuk kita gunakan satu pendekatan ataupun keedah yang lebih berhemah berasaskan kepada keperluan murid-murid kita,
19:42berdasarkan kepada kebolehan murid-murid kita dan akhirnya mereka ini akan berjaya macam juga di tempat-tempat yang lain.
19:49Okay, so kalau kita lihat lah banyak pun kita tengok sekarang ini orang-orang yang berjaya, yang hebat-hebat ini ramai yang berada, yang pada asalnya berada di kampung-kampung dan akhirnya apabila mereka dididik dengan baik, mereka menjadi individu yang hebat, yang berjaya dan menjadi pembuat dasar di peringkat negara. Itu yang kita nampak.
20:11So inilah yang kita tengok bagaimana sistem pendidikan kita akhirnya dapat menjadikan rakyat kita lebih baik, rakyat kita lebih maju dan juga mempunyai rakyat yang berpergetahuan tinggi, yang berilmu yang baik. Itu yang kita nampak lah.
20:27Prof Etahir Prof, mesej paling penting kepada ibu bapa di luar sana ya, bagi memastikan mereka macam soalan yang sama seperti dalam aspek beban dan juga tugas guru tadi, bagi memastikan ibu bapa ini menjadi rakan kongsi sama-sama berjalan untuk memastikan RPN ini berjaya direalisasikan dan bukan sekadar permahati kepada reformasi ini Prof.
20:49Ok. Ok. Terima kasih. Itu soalan yang sangat baik. Sebab saya juga ibu bapa yang mempunyai anak-anak. Mungkin anak-anak saya dah besar.
20:58Tetapi apa yang penting kita sebagai ibu bapa seharusnya kita bersama-sama dengan pihak sekolah. Bukan kita nak mencari kesalahan, apalagi kesilapan, apalagi kekurangan.
21:08Tetapi apa sebenarnya sebagai ibu bapa yang kita boleh bantu? Kita boleh bantu sekolah. Kita tanya apakah sebagai ibu bapa, bukannya saya letakkan anak di sekolah dan apa yang sekolah berikan saja kepada kita.
21:22Tak. Itu kita pun nak tahu. Tetapi akhirnya apa kita sebagai seorang ibu bapa, apa yang kita boleh bantu? Apa yang kita boleh sokong?
21:31Pembelajaran anak kita yang akhirnya anak kita menjadi berjaya. Sebab apa yang penting saya nak tunjukkan di sini untuk memberi komen mudah.
21:39Tetapi untuk melaksanakan tugas itu tidak semudah untuk kita bagi komen. So sebab itulah saya mengajak ibu bapa di luar sana bersama-sama lah kita untuk menyokong hasrat murni kerajaan.
21:52Sudah semisnya hasrat murni kementerian pendidikan Malaysia yang akhirnya ingin menjadikan anak-anak kita, anak-anak yang berjaya bukan setakat berjaya dari segi akademik.
22:03Tetapi berjaya dari segi holistik secara keseluruhannya. Menjadi manusia yang hebat janti diri dia insyaAllah.
22:10InsyaAllah. Terima kasih Prof. Madya Wan Marzuki Wan Jaafar. Dia kan Fakulti Pengajian Pendidikan UPM atas perkongsian yang cukup konferensif.
22:21Seperti tadi kita memberi fokus kepada rancangan pendidikan negara 2026-2035 di bawah topik aspirasi dasar dan realiti pelaksanaan.
22:29Terima kasih sekali lagi Prof. untuk waktu yang diberikan untuk bersama dengan Esrawani untuk tempoh ini dan pastinya banyak lagi analisis-analisis berkaitan dengan RPN 2026-2035 ini akan terus kami lakukan
22:40untuk membawa ke pemahaman yang lebih dan memastikan saja aspirasi ini dapat difahami oleh orang ramai khususnya ibu bapa di luar sana yang mungkin masih berdepan dengan keraguan dengan beberapa perkara
22:51ataupun inisiatif yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu lalu khususnya mengenai perkara ini.
22:57Baik saya kira sekian pantau agenda reformasi untuk hari ini. Saya Syaf Syukri. Assalamualaikum. Salam hormat. Kita jumpa lagi.
Comments

Recommended