Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Kerajaan komited membangunkan Labuan sebagai wilayah sejahtera, mampan dan pintar dengan memposisikannya sebagai hab logistik dan pusat kewangan digital serantau.
Transcript
00:00Kerajaan komited membangunkan Labuan sebagai wilayah sejahtera, mampan dan pintar dengan meletakkan sebagai hub logistik dan pusat kewangan digital serantau.
00:12Menteri di Jabatan Pendana Menteri Wilayah Persekutuan Hanah Yuh berkata,
00:15komitmen ini digerakkan melalui rancangan struktur Labuan 2040 bagi mengukuhkan daya saing ekonomi serta memperkukuh peranan Labuan sebagai pusat perkhidmatan kewangan antarabangsa berorientasikan nilai tambah tinggi.
00:31Seiring hala tuju tersebut, Labuan Financial Services Authority dengan izin telah melaksanakan Plan Pembangunan Strategik Labuan IBFC 2022-2026
00:45yang memfokuskan pembangunan kewangan Islam dan patuh syariah berasaskan digital di peringkat global.
00:51Ini disokong oleh pindahan Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan Akta 2022
00:58yang turut menyediakan inisiatif utama seperti Penubuhan Islamic Digital Asset Center pada tahun 2022 sebagai platform strategik untuk merangsang inovasi,
01:08pembangunan produk serta infrastruktur aset digital patuh syariah.
01:13Menurut Hanah, transformasi perkhidmatan ini telah menjadikan sektor perkhidmatan kewangan menyumbang RM6.4 bilion daripada keseluruhan
01:21iaitu RM8.07 bilion sumbangan keluaran dalam negara kasar atau KDNK Labuan kepada negara
01:27pada 2024.
01:30Katanya melalui rangka kerja pusat aset digital Islam, produk seperti RAMS iaitu istilah Arab bermaksud token
01:35telah diperkenalkan dan sehingga 2024 melekotkan nilai pasaran melebihi $1 bilion Amerika.
01:43Ini sekaligus membuktikan potensi Labuan IBFC sebagai antara pasaran token patuh syariah
01:49yang paling pesat berkembang di peringkat antarabangsa.
Comments

Recommended