Skip to playerSkip to main content
Diplomasi kini bergerak ke ruang digital. Diskusi bersama Menteri Digital, YB Gobind Singh Deo di Davos sempena #WEF26 dalam #AgendaAWANI 830 mlm ini.
Transcript
00:00Terima kasih kerana menonton!
00:30Dan juga bagaimana kedaulatan data, retas sempadan khususnya soal pemerangan, soal kerjasama setiap negara dan bagaimana raka kerja yang dibentuk untuk memastikan data yang bergerak begitu terbuka dan pantas pada ketika ini dapat ada tangan yang lebih baik termasuk juga disebabkan oleh perbezaan data ekonomi oleh setiap negara yang terlibat.
00:50Dan untuk itu kita bersama dengan Menteri Digital Malaysia, YB Gobind Singyo yang bersama dengan kita di World Climate Forum sekali lagi.
00:57Tahun lepas bersama juga dengan Astro Awani, kali ini kita ingin melihat terlebih dahulu sesi YB sendiri.
01:04Ini adalah berkaitan dengan kedutaan digital, digital embassies.
01:10Kalau boleh diceritakan sebab ini juga adalah satu perkara yang merujuk kepada bagaimana satu adalah konsep pelindungan kita kepada data kita, data protection dan sebagainya.
01:22Tapi pada masa sama kita melihat kerja rentas sempadan tersebut.
01:25Kalau YB boleh kongsikan dalam sisi tersebut apa dapatan kita?
01:29Baik, terima kasih. Apabila kita sebut berkaitan dengan data, kerap kali kita fikir kenaan dengan pelaburan yang dibuat.
01:39Pelaburan itu adalah pelaburan berhubungan dengan data center.
01:44Dan perbincangan ini juga seringkali ungkit soal berkaitan dengan apakah sebenarnya yang diperlukan untuk kita memastikan bahawa data center, data center ini boleh dapat kita laksanakan di Malaysia.
01:59Dan dua aspek yang kita lihat adalah aspek tenaga ataupun energi yang diperlukan dan juga diperlukan air untuk data center kerana itu adalah satu keperluan.
02:12Di dalam sesetengah negara mereka mungkin ada apa yang disebut sebagai bekalan tenaga dan juga bekalan air tetapi tidak ada dana ataupun tidak ada pelaburan untuk mendirikan data center tersebut.
02:27Jadi apa yang mereka lihat adalah bagaimana kita boleh melihat kepada negara-negara yang ada bekalan tenaga dan air ini di mana kita dapat mendirikan data center di negara-negara tersebut.
02:41Tetapi data center tersebut adalah data center negara kita.
02:48Maksudnya kita lihat satu negara yang ada bekalan tenaga, bekalan air, kita mendirikan data center di situ.
02:53Tetapi itu menjadi data center yang dikawal oleh peraturan dan undang-undang Malaysia.
02:59Ini membolehkan kita menggunakan apa ini disebut sebagai resources yang wujud yang wujud di dalam negara itu dan kita dapat membina data center kita di situ.
03:11Tapi persoalan yang berbangkit adalah adakah ianya selamat kerana kita tidak mahu satu keadaan di mana data center kita ada di dalam negara yang lain tetapi dikawal oleh undang-undang negara tersebut.
03:21Jadi soal kedaulatan data itu berbangkit dan ini adalah satu mekanisme di mana kita dapat memastikan bahawa negara yang ada kekuatan kewangan yang boleh mendirikan data center tersebut boleh mendirikan data center di negara yang lain yang ada bekalan tenaga dan juga air yang mencukupi.
03:46So dalam keadaan tersebut persoalan yang kita lihat adalah bagaimana kita boleh wujudkan satu rangka ataupun yang disebut sebagai kawal selia yang menggunakan undang-undang negara asal tersebut untuk melihat kepada data center mereka di negara itu.
04:07Itu sebab kita lihat kepada cadangan ini cadangan di mana kita boleh mewujudkan data center di negara lain tetapi ianya dikawal oleh undang-undang negara yang lain.
04:19Itu sebenarnya basic discussion yang diadakan berkaitan perkara itu.
04:24Di sini juga ada banyak topik berkaitan dengan AI dibincangkan. Ini setinggi-tingginya dan juga secara peraksanaannya dan kesannya kepada ekonomi kita.
04:32Di Malaysia terlebih dahulu satu aspek yang saya ingin lihat adalah pelaksanaan penggunaan AI. Ini juga Perdana Menteri sebutkan di dalam sektor awam sebagai contoh untuk lebih pantas dan sebagainya.
04:43Pertama adalah penguasaan kita terhadap AI tersebut dalam konteks perkhidmatan awam. Kedua adalah memastikan bahawa ketelusan dan juga integriti dalam penggunaan AI itu.
04:54Kalau boleh diterangkan tahap kesediaan kita dari sektor awam itu untuk mengadaptasi AI tersebut.
05:00Perdana Menteri telah pun menyatakan dengan jelas bahawa kita kena melihat bagaimana kita boleh pastikan menggunakan teknologi untuk kita meningkatkan tahap kualiti perkhidmatan.
05:14Jabatan Kerajaan. Itu adalah satu perkara yang diberikan pendekanan juga di dalam apa yang disebut tahun lalu apabila Perdana Menteri membuat pengumuman yang kita nak menuju ke negara AI atau AI Nation menjelang tahun 2030.
05:31Yang pertama kita kena faham bahawa untuk kita menjayakan projek ini kita perlu pastikan bahawa kita ada apa yang disebut sebagai polisi yang memberikan pendekatan yang jelas.
05:45Apakah sebenarnya yang perlu dibuat oleh kakitangan kerajaan supaya kita boleh beralih daripada menjalankan kerja secara tradisional tetapi menggunakan teknologi baru.
06:00dalam keadaan itu kita telah pun dalam kementerian digital merangka apa yang disebut sebagai polisi pendigitalan kerajaan.
06:08Di mana kita sekarang melihat kepada keperluan untuk setiap jabatan kerajaan menggunakan teknologi yang sedia ada.
06:16mereka perlu misalnya kita lihat kepada bagaimana kerja sekarang dibuat yang perlu dibuat secara digital.
06:24Dan data-data yang berkaitan dengan sesuatu tugas itu kita lihat data itu sebagai data yang penting.
06:32Data itu perlu kita simpan dalam keadaan yang selamat dan kemudian data itu kita gunakan dengan analisa dan analitik
06:40untuk kita melihat bagaimana kita boleh memperbaiki perkhidmatan yang diberikan di dalam jabatan tersebut.
06:47So itu menjadi pendekatan yang kita ambil.
06:50Kita terima bahawa sejak kebelakangan ini banyak persediaan dibuat untuk pendigitalan.
06:57Tetapi apa yang perlu adalah untuk kita paham maksudnya.
07:01Apakah kebaikan yang dapat kita lihat kalau kita menggunakan kaedah digital dalam menggerakkan kerja kita.
07:08jadi di sini kita juga kena lihat kepada bagaimana kita boleh pastikan bahawa
07:13kaki tangan kerajaan bersedia dari sudut kepakaran dalam bidang digital.
07:19Kerana kalau kita paham sebenarnya apakah yang perlu dilaksanakan barulah dapat kita laksanakan
07:25di dalam kerja-kerja harian kita.
07:28Kepada saya kalau kita lihat kepada kebaikan yang bakal kita lihat dengan pendigitalan kerajaan.
07:37saya rasa kita dapat melihat kerja-kerja dilaksanakan dengan lebih lancar
07:42dengan menggunakan kaedah masa yang lebih singkat.
07:50Dan yang penting sekali kita dapat menghubungi masyarakat dengan perkhidmatan kerajaan
07:56dengan lebih selesa, lebih cepat.
07:59Dan ini adalah perubahan yang kita nak lihat di dalam kerajaan.
08:03Saya nak minta pandangan YBS ni kerana di sini perbincangan yang begitu mendalam soal AI.
08:10Pertama adalah teknologi itu sudah wujud tapi kebanyakan fahaman kebanyakan orang berkaitan dengan AI
08:15seperti contoh disifatkan oleh ketua berkaitan Nvidia adalah sempit.
08:20Sedangkan teknologi itu luas lagi dan beliau juga menifatkan bahawa 5 teras atau 5 peringkat AI itu
08:27di mana peringkat teratas kelima iaitu yang cuba kita capai adalah impak kepada ekonomi.
08:31Maksudnya sektor kesehatan mendapat impak, sektor pendidikan mungkin mendapat impak.
08:35Setakat ini kita berada sektor ketiga atau keempat dalam soal membina infrastruktur dan sebagainya.
08:41Okey, saya nak bertanya juga kerana pada akhirnya kita ingin melihat
08:44cara kita memastikan AI itu betul-betul memberikan impak kepada ekonomi kita dalam pelbagai sektor.
08:50Di China sebagai contoh, semalam ada sesi ekonomis mengatakan bahawa mereka tidak memfokuskan kepada berapa maju AI tersebut
08:57tapi teknologi AI sedia ada digunakan apa kesannya kepada ekonomi dan sebagainya.
09:02Di Malaysia apa pendidikan kita soal adaptasi AI ini dan memastikan bahawa impak itu ada kepada setiap sektor.
09:08Baik, ini adalah satu soalan yang cukup baik.
09:12saya jelaskan. Sebenarnya kalau kita lihat kepada pelaburan dalam bidang teknologi dan AI
09:20kita akan lihat kepada beberapa perkara yang tertentu.
09:27Pertamanya, dari sudut industri players, mereka ini memang melihat kepada pelaburan dari sudut ROI.
09:33Maksudnya kalau mereka ingin membuat pelaburan yang besar, sudah tentunya mereka nak lihat hasil
09:39pulangan kepada pelaburan tersebut.
09:42Jadi mereka akan menyukat keberhasilan itu dari sudut ROI, daripada aspek pelaburan mereka.
09:54Itu satu.
09:55Kedua, kalau kita lihat dari sudut ekonomi, kita nak lihat bagaimana pelaburan ini akan mempunyai kesan kepada GDP kita.
10:02Ini sangat penting kerana kalau kita dapat memastikan bahawa ekonomi digital ini dapat juga membuat sumbangan yang besar,
10:15lebih besar kepada GDP kita, maka di situ kita lihat hasil daripada pelaburan ini.
10:22Kita di Malaysia ini memang kalau kita lihat kepada angka-angka itu, kita memang fokus untuk kita dapat pastikan bahawa
10:29kita dapat meningkatkan sumbangan GDP yang kita lihat daripada ekonomi digital negara dalam pelaburan-pelaburan ini.
10:40Tapi yang sangat penting adalah aspek ketiga.
10:43Aspek ketiga adalah bagaimana kita dapat pastikan bahawa pelaburan ini membawa kesan kepada sektor-sektor tertentu
10:49dan akhirnya kepada rakyat jelata. Ini sangat penting.
10:53Kerana rakyat memang dengar berkaitan dengan aspek teknologi, AI dan kebaikan yang ini dapat bawa dan sebagainya.
11:00Tapi ada ramai yang hanya dengar berkaitan dengan perbincangan ini tapi masih belum merasa kesan dia.
11:08Jadi kita dalam kementerian digital sekarang melihat kepada beberapa sektor yang spesifik,
11:12di mana kita lihat kita memberi prioriti di dalam enam bulan yang akan datang.
11:18di mana kita nak lihat impak.
11:20Pertama kita lihat kepada sektor kesihatan.
11:24Ini bermaksud bahawa kita nak lihat bagaimana kita dapat pastikan bahawa
11:29perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan di dalam hospital misalnya
11:33dapat diperbaiki dengan menggunakan teknologi khususnya AI.
11:38Kemudian kita ada sektor pengangkutan.
11:41Di situ juga dengan data yang kita ada, kalau digunakan dengan baik,
11:45kita dapat memastikan bahawa ketidiasan yang kita lihat dulu dapat kita elakkan.
11:52Juga kemudahan yang kita sediakan untuk rakyat.
11:56Mereka tahu sebenarnya ada data berkaitan dengan masa sesuatu kereta P misalnya akan tiba
12:02dan ini akan memudah carakan kita menyediakan berjadual kita di dalam perjalanan kita dan sebagainya.
12:13Ketiga ini adalah aspek pertanian.
12:15Aspek pertanian ini sangat penting kerana kalau kita lihat kepada teknologi yang sederhana ada sekarang,
12:20kita dapat teknologi yang dapat membantu pertani-pertani dari sudut memahami dengan lebih mendalam.
12:26Apakah sebenarnya cara-cara yang boleh digunakan untuk kita meningkatkan produktiviti kita?
12:33Misalnya kalau kita menggunakan baja, baja yang lebih baik untuk tujuan pertanian yang tertentu dan sebagainya.
12:44Ini dapat melihat peningkatan dari sudut pengeluaran kita dan juga ini dapat melihat penjimbatan kos dan kualiti.
12:53Produk yang kita lihat itu adalah kualiti yang lebih tinggi.
12:56Jadi itu adalah satu aspek yang kita lihat.
12:58Itu aspek ketiga.
12:59Keempat, kita lihat kepada bagaimana kita dapat memperkasakan peniaga-peniaga kecil iaitu SME dan MSME.
13:09Kerana kalau kita membolehkan mereka menggunakan teknologi di dalam peniagaan seharian mereka,
13:17kita dapat melihat peningkatan di dalam produktiviti mereka dan juga kita lihat kekurangan kos
13:26di dalam mengendalikan peniagaan mereka.
13:29Di situ dapat kita lihat lebih produktiviti dalam peniagaan-peniagaan mereka.
13:35Yang kelima, kita lihat kepada aspek apa yang disebut sebagai bandar pintar.
13:42Kita sekarang menjurus ke dalam dunia di mana teknologi menjadi sebahagian daripada kehidupan harian kita.
13:48dan ini dapat kita juga lihat di dalam bandar-bandar baru yang dibina.
13:54Kita nak pastikan bahawa bila kita membina pembinaan-pembinaan baru, bandar-bandar dan sebagainya,
14:03kita melihat kepada teknologi pintar yang boleh digunakan untuk kita meningkatkan kualiti kehidupan rakyat.
14:11dan ini adalah satu perkara yang juga kita lihat dan khususnya kita lihat dari sudut AI menjelang ke depan.
14:19Kemudian yang keenam itu kita lihat kepada aspek keselamatan.
14:23Bagaimana kita boleh menggunakan teknologi untuk memastikan bahawa keselamatan rakyat terjamin dan sebagainya.
14:30Itu adalah satu aspek yang kita sedang melihat dengan kementerian dalam negeri.
14:34Jadi dalam kita menjayakan semua ini, kita bekerja sama dengan kementerian-kementerian yang terbabit.
14:42Jadi kalau kita lihat kepada sektor kesihatan, kita kerja dengan kementerian kesihatan,
14:46sektor pengangkutan dengan kementerian pengangkutan dan sebagainya.
14:50Tapi yang penting adalah kita nak lihat bagaimana kita boleh menggunakan data daripada kementerian-kementerian tertentu
14:56merentas kementerian.
14:58Jadi tadi, seperti mana saya sebut tadi, kalau kita melihat kepada sektor kesihatan,
15:06kita hendak pastikan bahawa setiap orang dapat tahu dengan lebih jelas jam temu janji dengan doktor misalnya.
15:17Itu melalui data yang kita ada dengan menggunakan teknologi yang baru.
15:22Tetapi kalau kita boleh menggunakan dengan kementerian pengangkutan,
15:26di mana kalau kita tahu temu janji kita itu ada pada setiap, pada sekian masa,
15:31dan kita juga tahu pengangkutan mana yang boleh membawa kita ke hospital untuk temu janji tersebut,
15:36maka bila kita menggunakan kedua-dua data ini,
15:39di situlah kita dapat melihat pembaharuan dan juga perkhidmatan itu menjadi perkhidmatan yang lebih baik untuk rakyat.
15:46Maksudnya, kita sekarang perlu melihat bagaimana kita dapat melihat data daripada semua sektor
15:53untuk dibawa bersama, digunakan untuk kita melihat bagaimana kita boleh memperbaiki
16:02perkhidmatan-perkhidmatan yang kita sebagai kerajaan memberikan kepada rakyat.
16:05Dia sangat menarik apabila YB menutup perkara tersebut.
16:22Kerana selama ini, antara sumber dapatan data untuk kerajaan dalam membuat polisi dan sebagainya,
16:27ada banyaklah. Tetapi antaranya adalah jabatan statistik.
16:29Jadi, bila hadapan perkara tersebut, sektor pertanian sebagai contoh,
16:33bila kita mendapat data daripada jabatan statistik, adakalanya ini bukan real time lah.
16:37Dia ada bancian yang dilaksanakan untuk kita melihat pada kadar tertentu,
16:41tempoh masa tertentu dan apa keberhasilan kita dan kadar kecukupan kita.
16:45Ini contoh pertanian sahaja.
16:47Sektor yang lain ada perkiraan dan juga measurement mereka yang tersendiri.
16:51Bagaimana kita melihat bahawa pentingnya data ini untuk kerajaan dan kesanggupan kemahuan
16:55untuk digunakan data ini?
16:57Real time sangat penting sebab kita boleh tackle masalah itu dengan waktu yang tepat
17:02dan juga polisi yang dapat.
17:04Saya rasa kalau kita lihat kepada data sebagai sumber yang membolehkan kita melihat ke belakang,
17:14sebenarnya apakah pembaharuan-pembaharuan yang kita boleh buat untuk kita memperbaiki perkhidmatan itu,
17:23itu menjadi fokus kita.
17:26We want to use data to improve services.
17:28itu adalah pokoknya.
17:32Dan saya lihat ini adalah satu agenda yang harus menjadi agenda menyeluruh di setiap kementerian.
17:40Karena kalau kita lihat kepada teknologi baru itu,
17:44kalau teknologi digunakan di dalam keadaan yang boleh menjimatkan kos sesuatu perkhidmatan,
17:51ianya boleh mempercepatkan perkhidmatan itu diberikan kepada rakyat.
17:59Dan akhirnya dengan menggunakan data yang ada selepas daripada itu,
18:04kita dapat melihat bagaimana kita boleh memperbaiki lagi mutu perkhidmatan yang diberikan.
18:08Maka saya rasa di situ lah kita lihat kesan sebenarnya teknologi.
18:13Kita hendak melihat bagaimana kita dapat menjimat kos.
18:19Kerana kos yang kita jimat itu dapat kita melaburkan balik ke dalam sektor-sektor tertentu.
18:24Kita dapat melihat kos-kos yang dijimatkan itu digunakan untuk kita dalam melabur untuk teknologi baru.
18:31Untuk meningkat lagi perkhidmatan yang diberikan.
18:34dan kita memperbaiki sistem-sistem yang sedia ada dalam kerajaan.
18:39Ia ini akan mengambil masa.
18:40Ia ini bukan satu perkara yang kita dapat melihat dalam berlaku just overnight.
18:50Ia ini satu perkara yang akan mengambil masa.
18:52Tetapi saya rasa bergerak ke depan,
18:54kalau kita mengurangkan data,
18:56kalau kita ada data-driven approach,
19:00di situ lah kita dapat lihat kesan sepenuhnya teknologi.
19:05Ok.
19:06Asal antarik saya kepada YB.
19:08Perubahan teknologi itu begitu patah sekali di peringkat antarabangsa.
19:11Ada kalanya di sini juga dibincangkan bahawa banyak negara,
19:14bukan sahaja negara membangun,
19:15malah ada juga negara yang lebih tinggi daripada taraf ekonomi kita
19:19yang memang berdepan kesukaran untuk cara mereka mentadbir.
19:22perubahan teknologi dan cara mereka nak faham adaptasi,
19:25bagaimana ini semua realiti cabaran yang kita bujukkan.
19:27Malaysia juga ada cabaran tersebut.
19:29Bagaimana kita pastikan bahawa perubahan yang begitu pantas
19:31di Malaysia dan juga apa yang boleh kita belajar di luar
19:34untuk kita betul-betul mampu adaptasi dengan cara yang betul
19:38mengikut lunas undang-undang kita sendiri?
19:41Baik.
19:41Kalau kita nak bergerak ke depan,
19:47kita kena lihat kepada struktur
19:49yang boleh membincangkan halat tuju negara kita,
19:55khususnya dalam kita menggunakan teknologi masa depan.
19:59Itu sebab apabila kita mendirikan kementerian digital,
20:03di dalam 24 bulan yang pertama,
20:04kita lihat kepada strukturnya.
20:07Maksudnya kita lihat kepada perundangan yang diperlukan
20:09supaya kita dapat mendirikan misalnya jawatan kuasa data
20:15yang kita harap akan menjadi suruhan jaya data dalam negara kita.
20:23Tujuan kita ada suruhan jaya data ini adalah
20:25supaya kita dapat memastikan bahawa pakar-pakar
20:28yang boleh memberikan kita nasihat berkaitan dengan apa sebenarnya
20:32kita lihat teknologi dalam lima tahun yang akan datang,
20:36sepuluh tahun yang akan datang.
20:37Kalau pakar-pakar dapat memberikan kita
20:39nasihat berkaitan dengan teknologi itu,
20:42maka kita dapat membuat persediaan-persediaan sekarang
20:45bergerak ke hadapan.
20:46Dan apa yang kita hendak adalah
20:47apabila kita sampai ke masa di mana teknologi baru itu
20:51sudah sampai dan boleh kita gunakan,
20:54maka kita bersedia.
20:55Kita sudah ada persediaan untuk kita menggunakan teknologi tersebut.
21:00Ini adalah satu perkara yang harus dilihat oleh pakar-pakar
21:03dan juga memerlukan sumber ataupun resources yang besar.
21:09Jadi saya lihat bahawa dalam kementerian digital,
21:13kita sebagai kerajaan, kita boleh menggubal dasar-dasar.
21:18Kita juga boleh mementangkan undang-undang
21:20dan dari sudut kementerian memang kita ada
21:23tenaga kerja yang mencukupi
21:26untuk membina struktur-struktur yang perlu
21:29untuk mendirikan ataupun menyediakan Malaysia
21:32untuk teknologi baru.
21:33Tapi yang penting adalah kita pastikan bahawa
21:36wujudnya kumpulan yang sentiasa akan melihat kepada
21:39aspek apakah sebenarnya perkembangan-perkembangan baru
21:42dalam teknologi, bagaimana kita dapat menyediakan
21:45negara kita khususnya dari sudut keselamatan.
21:48Kita nak pastikan bahawa data yang digunakan itu
21:50adalah data disimpan dengan selamat.
21:52kita nak pastikan bahawa dari sudut keselamatan cyber
21:57kita ada di tahap yang memuaskan dan itu ditetapkan
22:03dalam undang-undang.
22:05Kita juga nak pastikan bahawa proses yang diperlukan
22:08untuk kita kumpul data, kongsi data, gunakan data tersebut
22:13dan sebagainya itu disediakan melalui polisi
22:19ataupun undang-undang.
22:21Dan itu apa yang kita telah laksanakan dalam dua tahun yang lalu.
22:24Kita telah pun menyediakan struktur-struktur tersebut.
22:27Jadi sekarang bergerak ke dalam tahun 2026,
22:31kita hendak melihat bagaimana kita dapat membawa
22:34ataupun mengadakan impact ke dalam sektor-sektor yang saya sebut tadi
22:39supaya rakyat dapat faham sebenarnya pelaburan,
22:44perhatian yang kita telah pun berikan kepada aspek teknologi baru
22:47dan juga usaha-usaha kerajaan itu sekarang dapat kita rasa
22:51sebenarnya kesan kepada rakyat dan bagaimana bergerak ke depan
22:58ianya dapat kita meningkatkan lagi untuk memastikan bahawa teknologi itu
23:04membawa kebaikan untuk negara kita.
23:06Ok, lebih dalam masa dua minit mungkin kau boleh dikerangkan.
23:09Kedudukan Malaysia dalam sektor teknologi tersebut,
23:13di mana hematan YB bahawa keberadaan kita dan halatuju kita
23:19bukan hanya sebagai pengguna mungkin juga leader dalam perkaraan Malaysia?
23:24Saya lihat Malaysia memang telah pun memberi perhatian
23:28yang sangat khusus kepada transformasi digital.
23:33Tindakan Perdana Menteri untuk mendirikan kementerian digital
23:37adalah satu tanda bagaimana kerajaan madani ini memberikan fokus
23:42kepada aspek teknologi untuk kita meningkatkan lagi perkhidmatan kerajaan
23:50dan juga kita dapat meningkat ekonomi dan juga masyarakat negara kita.
23:55Di Davos misalnya banyak persoalan ditanya kepada saya, ditujukan kepada saya
24:02berkaitan dengan apakah sebenarnya struktur kementerian digital
24:05dan bagaimana ia dapat membantu di dalam aspek transformasi digital
24:10sesuatu negara.
24:12Di sinilah saya sebut kita boleh dilihat sebagai satu negara
24:16yang bergerak ke depan di mana kita sekarang bincang berkaitan dengan
24:19Suruhanjaya Data misalnya, di mana kita sebut kepada semua.
24:24Perbincangan-perbincangan perlu melihat kepada aspek penyediaan
24:28struktur dan juga resources untuk teknologi baru
24:34tapi dalam masa yang sama kita juga perlu ada satu kumpulan
24:41di dalam kerajaan yang akan lihat kepada apakah sebenarnya
24:44keperluan masa depan untuk teknologi baru supaya kita dapat bersedia
24:49untuk teknologi itu apabila ianya dapat kita gunakan.
24:54Ini adalah satu perkara yang kita mendahului.
24:57Malaysia telah pun memulakan halatuju yang spesifik
25:05berkaitan dengan data bagaimana kita boleh menggunakan teknologi baru
25:09dan AI untuk kita melihat kebaikan untuk negara kita secara keseluruhan.
25:16Saya suka dengan ini sebab di Buat Book Forum juga ada bincangkan bahawa
25:21ketakutan banyak kerajaan di dunia ini untuk mengatakan bahawa
25:25mereka tidak tahu banyak perkara. Ini penting sebab kita perlu belajar
25:28dalam soalan ini seperti yang YB sebutkan, Suranjaya tersebut.
25:33Ini cara kita untuk mengetahui dan juga bertindak proaktif
25:36dalam melihat masa depan. Penting sekali terima kasih YB
25:39yang bersama kami di Davos Resilid untuk World Book Forum
25:41dan ini perbincangan yang menyeluruh dan juga bersikirnya
25:45as a progress. Kita akan melihat dari masa ke masa bagaimana
25:47ini akan di unfold in the future.
25:51Rada penting untuk kita faham bahawa perubahan teknologi itu
25:53kita pantas dan juga setelah berlaku dan ke setahap
25:56kesiagaan kita dalam kontak tersebut untuk menerima
25:59perubahan tersebut dan diimitasi dengan diberikan tempat
26:02tak. Sekian sahaja dari World Book Forum 2026 di Davos Resilid
26:06kita akan bawakan lebih banyak lagi perkembangan.
26:09selamat menikmati.
26:22selamat menikmati.
26:23selamat menikmati.
26:25selamat menikmati.
26:26selamat menikmati.
26:27selamat menikmati.
26:28selamat menikmati.
Comments

Recommended