Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Kerajaan memperuntukkan RM242 juta untuk menaik taraf Sistem Amaran Awal Cuaca melalui projek peningkatan sistem ramalan dan pembinaan radar cuaca.
Transcript
00:00Kerajaan memperuntukkan kos keseluruhan berjumlah RM242 juta merangkumi pelaksanaan beberapa projek meningkatan sistem ramalan serta pembinaan radar cuaca bagi menaik taraf sistem amaran awal cuaca.
00:14Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kuruk berkata, RM18 juta di bawah rancangan Malaysia ke-13 RMK13 turut diperuntukkan bagi pembangunan sistem amaran awal Tsunami Nasional Malaysia.
00:30Dari segi pengukuhan sistem pencarapan dan ramalan, MAD Malaysia terus memperkuku keupayaan ramalan cuaca melalui penambahbaikan Radar Integrated Now Casting System ataupun RANS
00:45yang mengintegrasikan rangkaian radar dan model ramalan berangka bagi menghasilkan unjuran pergerakan serta intensiti hujan secara hampir masa nyata.
01:00Pada masa yang sama, Sistem Numerical Weather Prediction atau NWP turut dipertingkat dengan penggunaan teknologi High Performance Computing ataupun HPC
01:12terkini serta penerapan kecerdasan buatan, pembelajaran mesin dan analitik data raya.
01:20Menurut beliau, pengukuhan ini membolehkan penjanaan ramalan cuaca sehingga 14 hari kehadapan dengan resolusi yang lebih tinggi
01:27iaitu 300 meter berbanding 1 kilometer sebelum ini.
01:31Tambahnya, keupayaan ini membolehkan perincian corak cuaca di kawasan berisiko tinggi dikenalpasti dengan lebih awal, tepat dan bersasa termasuk di kawasan luar bandar.
01:42Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Sri Jalaluddin Alias yang mahu tahu sejauh mana keberkesanan sistem amaran awal
01:50dalam memberi makluman secara pantas dan menyeluruh berkaitan ancaman bencana terutamanya di kawasan luar bandar.
Comments

Recommended