Skip to playerSkip to main content
Jururawat Melayu suap makan kepada pesakit India dapat pengiktirafan KKM

Kemanusiaan mengatasi perbezaan kaum, kulit dan agama dan ia ditunjukkan melalui sikap penuh empati seorang jururawat yang tular di media sosial kerana menyantuni pesakit warga emas berbangsa India, baru-baru ini.

Sikap mulia jururawat yang dikenali sebagai Nur Deena Nadzhiefa itu menerima pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Video: Tular

Muzik: Andybird_Gravity by Bensound.com

Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/765430/berita/nasional/jururawat-melayu-suap-makan-kepada-pesakit-india-dapat-pengiktirafan-kkm

DM untuk kredit video.

#sinarharian #beritaterkini #jururawat #KKM #FYP
Transcript
00:00Kemanusiaan mengatasi perbezaan kaum, kulit dan agama dan ia ditunjukkan melalui sikap penuh empati seorang jururawat yang tular di media sosial kerana menyantuni pesakit warga emas berbangsa India baru-baru ini.
00:22Sikap mulia jururawat yang dikenali sebagai Nordena Najifah itu menerima pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
00:31Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Zulkafli Ahmad berkata beliau berpeluang bertemu sendiri jururawat berkenaan semasa Majlis Perasmian Bangunan Baharu Hospital Seberang Jaya.
00:42Menurutnya, video tular yang memaparkan keikhlasan Nordena dalam melayani pesakit berkenaan benar-benar menyentuh perasaan dan mencerminkan nilai ikhsan yang tinggi dalam profesyen kejururawatan.
00:56Dr. Zulkafli turut merakamkan penghargaan kepada Nordena kerana berjaya menghidupkan semangat Malaysia dalam tugasan hariannya
01:04serta berharap sikap terpuji itu menjadi inspirasi kepada seluruh warga kesihatan dan masyarakat.
01:12Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended