00:00Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, MCMC, menarik balik sekatan akses sementara ke atas aplikasi GROP di PlatformX berkuatkuasa Jumaat.
00:10Ia susulan platform berkenaan mengesahkan pelaksanaan langkah pencegahan dan keselamatan tambahan.
00:18Menerusi satu kenyataan pada Jumaat, MCMC memaklumkan keputusan itu dibuat selepas satu mesyuarat pada Rabu lalu melibatkan Kementerian Komunikasi, MCMC serta Wakil PlatformX.
00:28Mesyuarat itu bertujuan mendapatkan penjelasan dan komitmen berhubung langkah pencegahan serta pematuhan Undang-Undang Malaysia.
00:37Pihak X kini mengesahkan bahawa langkah keselamatan yang diperlukan telah dilaksanakan terhadap aplikasi GROP.
00:44Susulan itu MCMC menarik semula sekatan terhadap GROP selepas mengambil kira penjelasan dan pengesahan awal yang dikemukakan.
00:52Bagaimanapun GROP masih tertakluk kepada pemantauan berterusan oleh pihak berkuasa.
00:57Tegas MCMC keselamatan pengguna, kekal sebagai keutamaan dan sebarang kegagalan pematuhan atau pelanggaran Undang-Undang Malaysia akan ditangani secara tegas.
01:08Pada 11 Januari lepas, MCMC mengarahkan sekatan sementara terhadap akses kepada AI GROP bagi pengguna di Malaysia, susulan penyalahgunaan menjana kandungan lucah dan seksual ekspisit.
Comments