Skip to playerSkip to main content
  • 2 months ago
Jumlah mangsa banjir di Pahang catat penurunan dengan 7,880 mangsa daripada 2,645 keluarga masih ditempatkan di 65 Pusat Pemindahan Sementara (PPS), setakat jam 2.30 petang, Sabtu.
Transcript
00:00Baik, perkembangan bencana banjir di beberapa negeri di seluruh negara, jumlah mangsa di Pahang terus mencatatkan penurunan dengan 7,880 orang mangsa daripada 2,645 keluarga.
00:15Menurut portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM setakat jam 2.30 petang tadi, semua mereka masih ditempatkan di 65 Pusat Pemindahan Sementara atau PPS di 7 daerah.
00:26Daerah Kuantan kekal merekodkan jumlah mangsa yang tertinggi iaitu 6,720 orang daripada 2,286 keluarga di 43 PPS di 4 mukim.
00:39Selain itu, 864 mangsa daripada 282 keluarga di daerah Maran masih ditempatkan di 10 PPS membabitkan 5 mukim.
00:49Pada masa yang sama, 4 PPS masih dibuka di Jerantut, 3 di Bera dan Temerluh dan masing-masing 1 di Rumpin dan Maran.
00:59Di Terengganu pula, 504 orang mangsa daripada 162 keluarga masih berada di 3 PPS di Kemaman dan 60 mangsa daripada 23 keluarga di 2 PPS melibatkan daerah Dungun.
01:12Sementara, 1 PPS masih dibuka di Kuala Kerai, Kelantan menempatkan 13 mangsa daripada 3 keluarga.
01:19Terima kasih telah menonton!
01:20Terima kasih telah menonton!
01:22Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended