Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Diskusi mengenai Pelan Pendidikan 2026–2035 yang menekankan kesejahteraan murid, literasi asas dan peranan masyarakat dalam menyokong pendidikan lebih holistik, bukan sekadar berorientasikan peperiksaan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00PEMBICARA 1
00:30Tapi kita nak pastikan kita membina seorang manusia yang seimbang, berdaya fikir dan bersedia untuk menghadapi dunia sebenar.
00:37Jadi dalam sesi ini kita nak lihat pelan pendidikan 2026-2035 dari sudut yang lebih dekat dengan kehidupan seharian.
00:43Dengan apa maknanya kepada ibu bapa, kepada guru, pelajar dan juga masyarakat setempat.
00:47Jadi untuk kita ulas lebih lanjut, kita ada di sini dari studio iaitu Prof. Madia Dr. Zuwati bin Hasim, Timbalan Dekan Penyelidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.
00:56untuk kita bincang berlanjut tentang apa sebenarnya pendekanan yang kita perlu tekankan dalam pelan pendidikan 2026-2035.
01:04Jadi selamat datang kepada Prof. Terima kasih kerana menerima jumpa kami di awal pagi pada hari ini.
01:08Mungkin untuk kita mulakan Prof, apa sebenarnya yang kalau kita nak lihat secara luarannya, pelan pendidikan 2026-2035 ini adalah ramai fikir yang mungkin
01:18dia sekadar kita nak fokus, kita tak nak ada peperiksaan, kita tak nak terlalu fokus pada silibus, kita nak membina manusia yang mempunyai roh yang ada kerohanian.
01:28Apa sebenarnya yang kerajaan cuba nak bawakan daripada segi cara berfikir untuk kita bawa ke harapan pelan pendidikan ini?
01:35Ok, bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Terima kasih terlebih dahulu pada pihak Istro atas program ini.
01:45Berkaitan dengan kerikulum atau pelan pembangunan ini yang kita ada, dah dibentangkan.
01:53Jadi apa yang kita lihat memang penekanannya kepada learning oriented, membina manusia lah daripada exam oriented system kepada learning oriented system.
02:09Walaubagaimanapun kita lihat tidaklah banyak perubahan besar, perubahan besar yang ada kerana dalam pendidikan itu kita kena ada transition.
02:20transition, kita tak boleh terlalu abrupt membuat perubahan.
02:26Kalau kita lihat di sudut pembangunan pendidikan, kita nak manusia atau murid yang beradab.
02:36Kalau kita lihat dalam pelan pembangunan itu, adab diletakkan nombor satu.
02:41Keperluan yang kita lihat, mungkin kementerian lihat di situ ada keperluan penekanan kepada adab.
02:48Ada ilmu, tak ada adab pun tak boleh juga. Tak maju lah.
02:53Bila kita nak cakap tentang maju ke depan, kita kena selari juga dengan adab insannya.
03:02Sebenarnya bila kita bersoalkan tentang apa yang pentingnya sebenarnya dalam pendidikan kita sekarang,
03:07adakah pentingnya seseorang itu pandai atau pentingnya adab itu.
03:11Tapi duduk perkara itu adalah perlu selari sebenarnya bila kita nak memajukan sesuatu masyarakat.
03:16Tapi bila kita sudah mengurangkan perperiksaan yang kita nak lebih tekankan kepada adab dan manusiawi itu sendiri,
03:24apa sebenarnya yang mungkin kita boleh expect dari segi pelaksanaan ini?
03:30Apa yang mungkin resultnya akan datang bila kita tekankan adab ini mungkin?
03:34Dalam kurikulum yang baru ini atau pelan perancangan ini, dia bukan hanya adab, dia ada lima perkara di situ.
03:43Adab yang diletakkan yang pertama.
03:46Dan kemudian kita ada kemahiran.
03:49Di sudut kemahiran bagaimana kita nak tingkatkan kebolehan.
03:52Apa yang kita lihat pada perancangan ini adalah untuk membentuk satu individu yang menyeluruh.
04:04Maksudnya dia ada ilmu, dia ada karakter yang baik.
04:10Kalau kita kata dengan perancangan, pelan perancangan ini, tidak ada perperiksaannya, tidak tepat juga.
04:20Dalam pendidikan mesti ada ujiannya.
04:24Jangan salah anggap bila kita berubah ini tak ada perperiksaan.
04:28Ada sebenarnya.
04:30Sebab dalam pendidikan, kita nak nilai, kita mengajar contohnya.
04:35Kita beri pengajaran, pembelajaran berlaku dalam proses.
04:39Tapi bagaimana kita nak mengukur sejauh mana keberkesanan, sejauh mana pelajar kita mendapat pengetahuan.
04:46Jadi kita kena ukur.
04:48Ukurnya melalui pentaksiran.
04:50Cumanya pentaksiran itu akan ada beberapa jenis.
04:54tidak terhad kepada perperiksaan sahaja.
04:59Jadi penilaian itu, pentaksiran boleh dalam bentuk kuis, dalam bentuk pembentangan.
05:07Yang mungkin bila kita, macam saya cakap tadi, ada soal adabnya sudah dipentingkan.
05:12Kenapa dia dipentingkan sebenarnya?
05:13Adakah kita dapat lihat pelajar-pelajar yang sudah menjadi graduan sekarang
05:18ataupun pelajar sekolah semakin kurang adabnya sampai kita perlu ada
05:23sampai dalam pelan itu kita perlu tekankan pendidikan adab ini sebenarnya, Prof?
05:27Saya tak rasa begitulah.
05:29Cuma kita nampak itu adalah ciri yang patutnya kita tekankan.
05:35Kalau lihat di negara membangun contohnya,
05:38memang dari awal dah diajar tentang adab.
05:42Sebelum kita fokus kepada trust.
05:47Atau kita integrasikan.
05:51Integrasikan bersama.
05:52sebab itu sepatutnya dalam diri.
05:57Adab ini sebenarnya pendidikannya bermula dari rumah.
06:00Ya, betul.
06:01Bermula dari rumah, bukan dari sekolah.
06:03Jadi peranan sebenarnya untuk menjayakan perancangan pelan ini,
06:09pelan pendidikan ini, kerjasama dari semua.
06:14Peranan ibu bapa, peranan guru, semualah.
06:18Tapi bila tadi kita ada bincang tentang bukannya sebenarnya kurang peperiksaan.
06:24Ada, cuma dia tidaklah melibatkan peperiksaan besar kerana UPSR pun tak akan dikembalikan.
06:29PT3 pun tak ada.
06:29Kita ada ujian bertaksirah tingkatan 4 dan juga untuk murid-murid yang ada 6 tahun nak masuk ke dajah 1,
06:36ada ujian mereka sendiri.
06:37Tapi bila sekarang ini, ibu bapa, bila dengar perkara ini, mereka dengar pada fokus yang,
06:42oh, dah tak ada peperiksaan.
06:44Dan mereka mungkin akan jadi risau.
06:45Dan risau tentang apa sebenarnya yang akan diajar dan apa outcome-nya kepada anak-anak mereka.
06:50Jadi bagaimana kita nak memberikan kesedaran secara keseluruhan kepada ibu bapa
06:56untuk percaya dengan pelan yang akan dilaksanakan nanti?
06:59Okey.
07:00Saya suka nak tekankan bila ada perubahan, dia akan ambil masa.
07:06Sama juga dengan anjakkan minda.
07:09Dari sistem yang lama nak pindah kepada sistem yang baru.
07:13Dia akan ambil masa untuk memahami.
07:15Jadi di sini peranan media sendiri untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat
07:22bahawa sebenarnya dalam pendidikan itu, macam saya jelaskan tadi, dia ada penilaian.
07:30Bila kita bagi ilmu, kita perlu nilai.
07:35Perperiksaan itu bukanlah semata-mata untuk mengukur kebolehan murid.
07:42Kita sedia maklum, kebolehan murid ini berbagai.
07:47Kita panggil multiple intelligence.
07:51Ada pelajar yang memang cenderungnya dalam bidang sains.
07:56Jadi dia akan score sains.
07:57Kalau kita buat exam, kita tidak berlaku adil pada pelajar yang mungkin cenderungnya kepada arts.
08:07Contohnya.
08:08Atau ada pelajar yang cenderung kepada teknikal.
08:14Jadi kita beri ruang itu.
08:16Bila adanya pentaksiran berasaskan sekolah,
08:20tidak bergantung kepada pentaksiran yang besar.
08:25Perperiksaan yang besar.
08:27Ini buka ruanglah.
08:29Kita bercakap tentang equity.
08:31Tapi kita nak standard assessment, tak bolehlah.
08:35Tak boleh.
08:37Baik Prof, tadi bila kita bincang tak adab,
08:40sebenarnya bila kita ada ujian-ujian yang standardize ini,
08:43kita faham kita mengukur dengan markah mereka.
08:45Tapi bila kita soal adab, bagaimana sebenarnya kita boleh mengukur
08:48apabila pelajar-pelajar ini sudah mendapat value daripada pelajaran adab itu sendiri?
08:54Dari sudut ini, bila kita nak menilai, di konteks ini untuk menilailah adab.
09:02Sebenarnya, bila kita lihat kepada perubahan ini,
09:07kaedah untuk menilai pun berubah.
09:11kita tidak boleh lagi fokus pada contohnya tick, yes or no.
09:19Jadi, apa yang kita boleh lihat adalah peranan guru sendiri.
09:24Guru akan sepatutnya lebih cakna,
09:28lebih, orang kata, being observant lah.
09:31Being observant untuk melihat perubahan kepada tingkah laku murid.
09:35Dekat situ lah.
09:37Ya, mungkin bila kita menyentuh soal adab,
09:40kita sudah dapat mengukur bagaimana murid-murid itu sudah mempelajari adab-adab
09:46yang mereka belajar di sekolah,
09:47kita nak tekankan juga tentang bila kita soal rancangan pendidikan ini,
09:52saya ada rasa yang bila orang dengar rancangan pendidikan,
09:56fokus kepada institusi pendidikan.
09:58Tapi sebenarnya, bila kita pun nak soalkan isu yang lebih rapat dengan kita,
10:01iaitu tentang keluarga kita sendiri,
10:03di mana pendidikan pun, seperti Prof katakan, bermula daripada rumah.
10:06Jadi, bila segala tugas-tugasan dan juga dasar-dasar yang baru ini sudah dikemukakan,
10:13sudah pasti cikgu-cikgu, guru-guru akan mendapat pelbagai tugas-tugasan baru
10:16yang mungkin memberatkan peranan mereka.
10:19Adakah, bagaimanakah doktor mungkin boleh memberikan sedikit saranan dan nasihat
10:25kepada ibu bapa untuk turut serta dalam pelan pendidikan ini?
10:30Kalau dari sudut teori itu, kita panggil shared responsibility.
10:35Kita tanggung bersama.
10:38Jadi, di sini saya serulah semua pihak, khasnya ibu bapa,
10:43untuk ambil cakna perkembangan anak-anak.
10:46Perkembangan anak-anak di sudut pembelajaran.
10:48Kita tak expect ibu bapa mengajar anak-anak di rumah subjek-subjek teras itu.
10:54Cumanya mungkin yang basic, yang asasnya boleh.
11:00Kalau, kita kata, paling-paling pun adalah memberi motivasi untuk anak pergi sekolah ke,
11:11at least dia membantu guru itu sendiri.
11:12bila anak ada mood untuk ke sekolah.
11:16Cikgu lebih mudah untuk mengajar anak-anak.
11:20Kita tak expect ibu bapa boleh mengajar anak-anak matematik.
11:24Tak semua pandai matematik saja.
11:26Kita tak expect itu.
11:29Tetapi, tanggungjawab itu dibikul bersama.
11:31Contohnya, dari segi adab, semua orang boleh.
11:34Dari segi adab, semua orang boleh mengajar.
11:36sebab adab ini kita refleks diri kita juga.
11:41Bagaimana kita dibesarkan, begitu juga kita membesarkan anak kita.
11:46Dan kita boleh timbal, maksudnya kita mengukur yang mana baik, yang mana tak baik.
11:56Bila kita cakap tentang adab ini, of course kita menjurus kepada yang positif.
12:01Ya, betul. Dan mungkin memang banyak lagi kita nak sentuh tentang adab.
12:06Dan kita mungkin nak sentuh lagi tentang peranan selain ibu.
12:09Bagaimana peranan guru yang kita mungkin nak persoalkan pelbagai tugas-tugas
12:12yang mereka akan dapat untuk melakukan, untuk mereka mengajar dan juga
12:17carry the responsibility of teaching adab dan manusia kepada murid-murid nanti.
12:22Tapi kita perlu beri tiap-tiap kita, kita akan kembali selepas ini.
12:24Baik, bertemu kembali dalam rancangan awal di pagi.
12:44Kepada yang baru sahaja menonton, kita dari tadi sedang membincangkan tentang
12:47pelan pendidikan 2026-2035.
12:50daripada kita lihat dari segi dasar umumnya, kita mahu lihat dari segi yang lebih dekat
12:55iaitu tentang pembinaan manusiawi dan juga menekankan tentang adab yang sudahpun
12:59ditekankan dalam dasar ini.
13:01Dan dari tadi kita bersama dengan Profesor Madia, Dr. Zuwati Binti Hasim,
13:05seorang Timbalan Pendidikan Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya
13:08untuk kita bincangkan tentang bagaimana pembinaan manusiawi dan adab ini
13:12dapat dilaksanakan di institusi pendidikan.
13:15Baik, Prof tadi kita ada bincangkan tentang peranan apa, tentang apa sebenarnya
13:19pelaksanaan pelan pendidikan 2026-2035 dari segi adab dan manusiawi ini.
13:25Kita mungkin sekarang kita dapat lihat bila kita memberikan tugasan baru kepada
13:30setiap institusi pendidikan untuk melaksanakan pelan ini.
13:34Kita sudah tahu guru-guru sudah pun ada banyak beban dan tanggungjawab
13:38untuk melaksanakan tanggungjawab kepada anak-anak bangsa,
13:41melayakan anak-anak yang maju.
13:42Bila kita tambah dasar yang baru ini, adakah kita boleh pastikan
13:47bagaimana setiap guru layak untuk menjalankan tanggungjawab mereka
13:52untuk mengajak adab? Adakah akan ada inisiatif seperti program-program
13:56baru untuk guru mereka mempelajari bagaimana hendak mempelajari adab
14:00ataupun bagaimana sebenarnya, Doktor?
14:02Sebenarnya dengan pelan pendidikan ini, tidaklah macam saya maklumkan,
14:07tidaklah banyak perubahan besar.
14:11Dia kita asimilate dengan amalan yang biasa guru-guru.
14:16Pengajaran ada, bila kata tentang tugas, beban tugas guru,
14:21guru sendiri kena maklum apa bidang tugas dia.
14:24Mengajar, bukan sahaja mengajar.
14:26Kalau kata beban tugas itu termasuklah mengajar, mendidik, merekod, menilai dan membuat pelaporan.
14:36Itu tugas asas dalam profesyen perguruan.
14:40Kalau nak kata ada tambahan tugas dengan dasar yang baru ini,
14:46saya tak nampak ada tambahan tugasnya.
14:48Cuma approach bagaimana.
14:52Approach yang nak digunakan.
14:55Kalau kita dalam pendidikan ini, kita selalu lihat kepada setting, konteks.
15:01Dalam pemilihan kaedah itu, kita kena lihat kepada konteks.
15:05Contohnya, guru di luar bandar mungkin menggunakan kaedah yang berbeza dengan guru di bandar.
15:14Sebab dia tertakluk kepada exposure pelajar itu.
15:20Dan jenis-jenis pelajar yang ada di sekolah.
15:27Kita sedia maklum contohnya.
15:30Ibu bapa kadang-kadang dia pilih sekolah untuk anak.
15:33Berdasarkan konteks.
15:35Apa konteks dia?
15:36Dia nak guru yang hebat.
15:38Dia nak sekolah yang hebat.
15:41Tak ada orang nak hantar anak dia ke sekolah yang biasa-biasa.
15:46Kalau bolehlah.
15:48Jadi di situ kita kena lihat konteks.
15:53Guru bukannya, saya lihat bukannya ada penambahan tugas dia.
15:57Cumanya bila pengajaran itu kaedah yang bagaimana, yang sesuai untuk muridnya.
16:07Jadi kalau dari sekolah konteks itu, maksudnya perkara ini memang tidak akan diselesaikan langsung.
16:12Kerana setiap sekolah, setiap kawasan di luar bandar dan bandar, memang lain-lain mereka diekspos dengan perkara yang lain-lain.
16:20Ada dari segi adab pun lain-lain mereka ada custom seorang sendiri.
16:24Jadi bagaimana nak pastikan guru-guru ini pun boleh menjalankan tugas itu?
16:29Kerana seperti orang katakan, tidak ada penambahan tugas dari segi penambahan subjek ke apa.
16:34Jadi apa yang boleh, apa yang mereka akan lakukan untuk melaksanakan tugas itu?
16:40Apa yang mereka, adakah mereka dari segi ketika kelas mereka akan off record, akan memberi, instil other things such as no values and adab?
16:49Adakah begitu doktor?
16:51Dia macam inilah.
16:52Guru-guru kita ini semuanya terlatih.
16:54Guru terlatih di mana ketika ini semua guru mempunyai ijazah.
17:02Maksudnya, ikhtisaslah.
17:05Mereka dilatih dari segi kaedah, dari sudut educational psychology-nya, ada ilmunya.
17:14Kalau nak kata integrasi AI, teknologi, memang ada.
17:18Kita terapkan dalam pendidikan guru.
17:20Jadi tak ada masalah.
17:22Cumanya bagaimana guru beradaptasi dengan situasi.
17:27Yang itu memang kita tak boleh nak nafikan ada benda yang dia belajar dari pengalaman.
17:32Ada benda yang kita boleh belajar dalam kelas, tapi ada benda yang belajar dari pengalaman.
17:40Di mana dia diberi exposure itu.
17:45Macam kita cakap tadi, isunya.
17:48Cikgu kena tahu isu.
17:50Bagaimana nak tackle isu.
17:52Isu di sekolah A mungkin berbeza dengan isu di sekolah B.
17:55Jadi cara cikgu A tangan ini berbeza dengan cikgu B.
18:00Jadi konteks itu sangat penting.
18:03Itu dari segi konteks besar.
18:05Itu tentang di sekolah sahaja.
18:07Kalau kita kecilkan lagi skopnya, dari segi setiap tingkatan atau setiap darjah, ada masalah mereka sendiri.
18:13Dan setiap kelas pun ada masalah.
18:15Jadi kelompok-kelompoknya makin kecil, adakah itu boleh memberi mental draining kepada guru-guru sebenarnya?
18:22Kalau kita lihat di sudut itu, keupayaan guru.
18:28Saya rasa kami di peringkat pendidikan tinggi sentiasa percaya dengan kebolehan guru-guru.
18:37Guru-guru kita memang kreatif.
18:39Guru-guru kita memang berdaya saing.
18:42Cuma mungkin ada, realitinya ada segelintir yang mungkin kurang sedikit kemampuannya.
18:53Tetapi apa yang saya nak jelaskan, memang guru-guru kita berkaliber.
18:58In fact, kalau kita lihat profesion guru itu adalah profesion yang profesional.
19:04Guru bukan di sekolah untuk jaga anak-anak.
19:09Dia ada ilmu dia yang nak diterapkan kepada anak-anak, nak disampaikan kepada anak-anak.
19:14Ia adalah satu profesion.
19:17Dan selepas kita sentuh tentang ibu bapa sedikit tentang bila kita kata bukanlah tugas guru sahaja untuk mendidik anak-anak.
19:25Ibu bapa, saya rasa ibu bapa setiap parents akan ada masa mereka yang mereka sibuk.
19:31Semua yang sudah bekerja, mereka pun ambil inisiatif hantar ke Tabika, Tadika dan Taskah bagaimana pun.
19:38Bagaimana mereka yang bekerja ini seperti kami atau kita doktor, kita busy.
19:43Untuk pastikan kita tak meletakkan beban itu kepada guru sahaja.
19:47Kita pun nak ada mengajar anak kita tentang adab.
19:52Kita pun nak ada sedikit sumbangan pada anak kita.
19:54Bagaimana kita nak pastikan perkara itu?
19:56Nak pastikan. Itulah kesedaran dari diri sendiri mula-mula.
20:00saya nyatakan kesedaran dari diri sendiri dan kita ambil cakna.
20:06Kalau kita rasa kita susah nak jaga anak kita, bayangkan guru itu yang kena jaga 40 orang murid.
20:1360 kadang-kadang ada kelas 60 orang.
20:1550. 60 saya tak dengar lagi.
20:19Maximum 50 tapi itu pun tak semualah.
20:23Kawasan-kawasan badan.
20:24Mostly kan.
20:26Dan kita juga ada sekolah kurang murid.
20:28Cumanya kita semua pihak kena ambil cakna.
20:33Macam ibu bapa sendiri, saya pun macam saya sendiri sibuk.
20:36Jadi dengan pasangan kita bergilir lah.
20:40Ambil tanggungjawab itu.
20:43Dan begitu juga macam mana kita merancang masa kita bersama anak-anak.
20:48Kadang-kadang katalah kita pulang lewat.
20:52Tak ada masa bersama anak.
20:55Mungkin hari cuti itu kita spend lebih masa lah untuk anak kita.
20:59Cara kita menggunakan masa bersama anak-anak kita itu bagaimana.
21:06Kita tak bolehlah anak lambatkan semua kepada kementerian.
21:09kata kita sibuk, ibu bapa sibuk macam mana nak uruskan.
21:13Kita ambil cakna.
21:15Anak itu anak kita.
21:16Guru pun ibu bapa juga.
21:18Ya betul.
21:18Mereka pada anak yang tahu mereka.
21:20Kisahkan tentang anak mereka kan.
21:21Betul.
21:22Dan bila kita dah panjang kita berbincang tentang soal pelan pendidikan yang baru ini.
21:27apa sebenarnya mungkin kalau Prof dari sudut opinion Prof.
21:32Apa yang kementerian focus on the outcome of all of this.
21:37Nanti mungkin pada tahun 23 bulan nak mungkin.
21:39Apa yang diharapkan akan terjadi pada anak muda, anak sekolah kita pada masa akan datang.
21:46Apa outcome eventually?
21:48Saya lihat di sini dari sudut pendidikan kita nak lihat kemenjadian murid.
21:54kemenjadian murid di mana mereka ini adalah pelapis.
21:59Kita sebagai pemimpin di masa hadapan.
22:03Jadi kita nak murid-murid yang berkaliber.
22:07Yang boleh berfikir.
22:09Bila kita tetapkan, bila kita kata mereka yang boleh berfikir,
22:14kita tak nak mereka belajar kerana peperiksaan.
22:20Itu mentaliti dulu ya?
22:22Itu mentaliti dulu.
22:23Sebab kita, macam saya cakap tadi, kita acknowledge.
22:27Kita hargai multiple intelligence.
22:32Sebab dalam hidup ini, kebergantungan kita pada semua.
22:37Kan?
22:38Katalah mekanik.
22:41Tak ada mekanik, susah kita.
22:43Kereta rosak.
22:45Jadi kalau semuanya nak excel, straight A's.
22:49Semua nak stem saja.
22:50Semua nak stem saja.
22:52Siapa nak buat yang ini?
22:54Kita sendiri susah.
22:56Jadi kena balance lah.
22:58Di sudut ini saya lihat, kita nak well develop.
23:05Individu.
23:07Individu yang kita kata ada semuanya.
23:13Ada semuanya.
23:16Dan mungkin sebelum kita berakhir, mungkin Prof boleh bagikan sedikit call to action kepada masyarakat untuk kita.
23:21Mungkin kesedaran dan call to action untuk sama ada.
23:24Kita ni betul-betul perlu bersama dan change our mindset so that we are together in this new plan pendidikan, Doktor.
23:31Saya lihat masyarakat memang dah mula merubah, mula catna dari perubahan dari awal.
23:42Dulu bising nak exam.
23:45Kemudian ada sekelompok itu dah ok dengan PBS, PBD.
23:51And then masih ada segelintih yang inginkan peperiksaan.
23:56Cumanya saya nak tekankan di sini, kita ambil maklum.
24:01Kita ambil tahu juga apa yang berlaku.
24:06Bila kita berubah bukan bermaksud, kita buat total.
24:12Total revamp.
24:14Kita memang ikuti dari awal, macam saya sendiri sebagai penyelidik.
24:21Kita ikuti dari 2011 sehingga kini.
24:24Apa transisinya.
24:27Tidaklah ada perubahan yang besar di situ.
24:30Cumanya saya harapkan ada komunikasi yang jelas.
24:36Bila ada komunikasi yang jelas atau maklumat yang jelas,
24:40masyarakat akan terima dengan mudah.
24:43Betul dan dengan itu, saya ucapkan terima kasih kepada Prof kerana bersama kami
24:47untuk membincangkan tentang betapa spesifiknya pelang pendidikan 2026-2035 ini
24:52untuk kita pastikan adab itu ditekankan dan pendidikan manusiawi itu ditekankan untuk pelajar-pelajar kita
24:58supaya kita nak lahirkan masyarakat yang bukan sahaja bijak mahafal dan untuk menjawab soalan-soalan sahaja
25:03tapi kita nak lahirkan masyarakat yang bijak berfikir yang boleh bersedia menghadapi kehidupan.
25:09Jadi itu sahaja waktu yang kita ada untuk Awani Pagi Jam ini.
25:11Saya Kabir Aziz, kita jumpa lagi.
25:13Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended