Skip to playerSkip to main content
  • 19 hours ago
Lembaga Tabung Haji menyediakan 564 petugas bagi musim haji 1447H/2026M, termasuk 339 petugas kebajikan dan 225 petugas perubatan KKM. Penerbangan pertama petugas bermula 9 April, manakala penerbangan jemaah haji bermula 18 April hingga 20 Mei menggunakan 100 penerbangan sewa khas AMAL dan Saudia Airlines. Program pengukuhan petugas selama empat hari dijalankan bagi memastikan kesiapsiagaan optimum menjelang musim haji. Hari Wukuf dijangka 26 Mei.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Lembaga Tabung Haji TH menyediakan seramai 564 petugas haji bagi musim 1,447 hijrah atau 2026 Masihi.
00:10Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama Dr. Zulkifli Hassan berkata jumlah itu melibatkan seramai 339 petugas kebajikan dan 225 petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM.
00:23Menurut Dr. Zulkifli, penerbangan pertama petugas haji akan bermula 9 April dilaksanakan secara berperingkat.
00:31Bila berkata demikian, pada Majlis Perasmian Program Pengukuhan Petugas Haji Tanah Suci 1447 Hijrah atau 2026 Masihi.
00:40Program empat hari ini bertujuan memastikan petugas haji berada pada tahap kesiapsiagaan optimum, mematuhi budaya kerja berkualiti,
00:48mengamalkan nilai integriti dan ihsan serta bersedia sebagai barisan hadapan perkhidmatan haji negara.
00:56Penerbangan pertama Jemaah Haji Malaysia di jadual berlepas pada 18 April 2026,
01:01manakala penerbangan terakhir akan berlepas pada 20 Mei 2026 dan hari wukuf pula dijangka berlangsung pada 26 Mei 2026.
01:10Dr. Zulkifli menegaskan komitmen kerajaan memastikan Jemaah Haji menerima perkhidmatan terbaik sepanjang berada di Tanah Suci.
Comments

Recommended