Skip to playerSkip to main content
  • 19 hours ago
Konvoi tentera Kurdish dilihat berundur dari Hasakah pada 10 Februari sebagai sebahagian perjanjian antara SDF dan kerajaan Syria. Agensi SANA melapor tentera Syria turut berundur. Perjanjian 30 Januari itu menetapkan pentadbiran Kurdish di timur laut Syria akan digabungkan ke dalam institusi kerajaan pusat selepas tentera Damascus merampas semula wilayah SDF. SDF menegaskan mereka mewujudkan sistem inklusif yang mewakili semua etnik dan minoriti.
Transcript
00:00Sebuah konvoy tentera yang membawa pejuang Kurdish berundur dari barisan hadapan di Bandar Hasakah, Syria pada Selasa.
00:07Ia sesudah pelaksanaan perjanjian antara Kerajaan Syria dan Syrian Democratic Forces SDF yang ditandatangani pada 30 Januari lalu.
00:14Seorang pejuang Kurdish Goran Hassan berkata langkah itu selaras dengan persetujuan antara Komanda SDF, Mazlum Abdi dan kerajaan berpusat di Damshek.
00:37Pada masa sama, agensi berita rasmi Syria Sana'am melaporkan bahawa tentera Syria turut berundur dari kedudukan di hadapan di kawasan sama memberi isyarat kepada pelaksanaan penuh perjanjian dua pihak.
00:49Perjanjian 30 Januari itu turut menyatakan bahawa badan pentadbiran yang diwujudkan oleh kumpulan dipimpin Kurdish di timur laut Syria akan digabungkan ke dalam institusi rasmi negara.
00:59Ia diumumkan selepas tentera kerajaan Presiden Ahmed Al-Syarah merampas kembali sebagian besar wilayah utara dan timur Syria daripada SDF, kawasan yang sebelum ini menjadi pusat autonomi Kurdish serta tapak utama pengeluaran minyak negara itu.
01:15Pengunduran tentera ini dianggap langkah awal penyusunan semula kuasa politik dan keselamatan di timur laut Syria menjelang integrasi penuh antara pihak Kurdish dan kerajaan pusat.
Comments

Recommended