Skip to playerSkip to main content
  • 19 hours ago
Amerika Syarikat dan Azerbaijan menandatangani kerjasama strategik di Baku pada 10 Februari 2026, meliputi pertahanan, kecerdasan buatan, keselamatan tenaga dan usaha memerangi keganasan. Presiden Ilham Aliyev dan Naib Presiden JD Vance berkata hubungan dua hala memasuki fasa baharu. AS juga akan menghantar kapal untuk membantu Azerbaijan mengawal perairannya. Perjanjian ini lanjutan rundingan Aliyev–Trump di Washington. Lawatan Vance turut menyaksikan AS menandatangani perjanjian nuklear dengan Armenia. (Sumber: Reuters)

Category

🗞
News
Transcript
00:00Amerika Syarikat dan Azerbaijan menandatangani satu perjanjian kerjasama strategik yang merangkumi bidang ekonomi dan keselamatan menandakan perdalaman hubungan dua hala Washington Baku di rantau Karkasus yang sebelum ini dikuasai pengaruh Rusia.
00:14Perjanjian itu ditandatangani oleh Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev dan naib Presiden Amerika Syarikat J.D. Vance yang kini dalam lawatan rasmi Vance ke Baku selama sehari.
00:24Beliau sebelum itu mengunjungi Armenia.
00:26Ilham Aliyev berkata kerjasama antara kedua-dua negara kini memasuki fasa baharu sepenuhnya termasuk kerjasama jualan pertahanan, pembangunan kecedasan buatan AI, keselamatan tenaga dan usaha memerangi keganasan.
00:43Vance turut mengumumkan bahawa Amerika Syarikat akan menghantar beberapa kapal untuk membantu Azerbaijan melindungi perairan yang dikuasainya.
00:51Kerangka perjanjian tersebut pertama kali dibincangkan ketika pertemuan Aliyev Trump di White House pada Ogos lalu,
01:20di mana Azerbaijan dan Armenia turut mencapai perjanjian damai bagi menamatkan konflik puluhan tahun.
01:27Amerika Syarikat kini meningkatkan pengaruhnya di rantau Caucasus termasuk mempromosikan projek koridor Trump Route for International Peace and Prosperity atau TRIP yang akan menghubungkan Azerbaijan, Armenia dan Turki.
01:41Terima kasih telah menonton!
01:43Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended