00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha kerajaan madani memerangi rasuah yang sistemik serta membetulkan kelemahan struktur takbir urus negara terbukti dengan peningkatan kedudukan Malaysia dalam indeks persepsi rasuah CPI.
00:13Beliau berkata kedudukan Malaysia melonjak ke tangga 54 dalam CPI dunia antara lain didorong oleh tindakan penguatkuasaan tegas pihak berkuasa.
00:22Antaranya langkah tegas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM, Polis Diraja Malaysia PDRM, Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN dan Jabatan Kustom Diraja Malaysia JKDM.
00:34Dalam perkongsian di media sosial, Anwar berkata, ini termasuk kejayaan memulihkan lebih RM15.5 bilion hasil negara melalui rampasan aset, dana dan pembantasan sendikit rasuah serta ketirisan yang telah lama menjejaskan kewangan awam.
00:52Sambil menzahirkan rasa syukur atas peningkatan CPI itu, Anwar berkata, kerajaan Madani juga tidak berkompromi apabila integriti institusi strategik dipersoalkan.
01:04Perdana Menteri berkata, tindakan tegas terhadap salah laku dan penyelewengan dalam sektor pertahanan, disamping pembongkaran kartel serta rasuah berprofil tinggi, menegaskan prinsip bahawa tiada siapa yang kebal daripada undang-undang.
01:18Pencapaian ini juga kata beliau adalah peringatan untuk pentadbirannya menggandakan usaha memerangi rasuah secara konsisten dan berani demi memulihkan keyakinan rakyat serta memastikan amanah negara terus dipertahankan.
01:32Berdasarkan laporan CPI 2025 yang dikeluarkan Transparency International TI pada selasa, kedudukan Malaysia bertambah baik daripada tempat ke-57 pada 2024 ke tempat ke-54 tahun lepas.
01:47Menurut laporan itu, Malaysia dikedudukan ketiga dalam kalangan negara ASEAN selepas Singapura dan Brunei malah skor negara bagi tahun lepas meningkat kepada 52 mata perbanding 50 dalam penilaian 2024 menunjukkan tren menaik yang sederhana tetapi menggalakkan.
02:04Terima kasih telah menonton!
Comments