Skip to playerSkip to main content
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan tegas turut diambil terhadap kegiatan penyeludupan dan perjudian haram. Nilai rampasan yang direkodkan setakat ini mencecah berbilion ringgit seperti yang telah diumumkan sebelum ini.

Bagaimanapun, usaha membanteras jenayah tersebut berdepan cabaran berikutan kegiatan perjudian dalam talian yang berpangkalan di luar negara serta penggunaan mekanisme elektronik yang semakin canggih. Kerajaan menegaskan komitmen berterusan untuk memperkukuh penguatkuasaan dan kerjasama rentas agensi.

#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Transcript
00:00Kerana isu subsidi tentunya bukan satu-satunya langkah yang diambil oleh kerajaan, kita juga ambil tindakan mengawal dari sudut penyeludupan dan juga ketirisan dan tawau di Perlis Rantau Panjang.
00:28Itu tiga tempat yang dikesenalpasti ketirisan tertinggi dan pengawasan dan pengawalan lebih tertumpu ke kawasan itu mengelak daripada kehilangan hasil.
00:41Tapi untuk menjawab masalah penyeludupan dan juga perjudian haram ini, seperti mana kita telah umumkan, tindakan telah diambil, rampasan sudah mencecah bilion ringgit.
00:56Kita telah umumkan dan ini akan tentunya satu program yang berterusan.
01:03Cuma tidak mudah kerana di online kadang-kadang berpangkalan luar negara dan keduanya dia mekanisme elektronik itu sangat canggih.
01:14Dia boleh buka dan tutup dalam kadar yang segera.
01:20Dia melibatkan dua langkah pertama penguatkuasaan, kedua juga pertanggungjawaban dan kesedaran rakyat.
Comments

Recommended