00:00Seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun ditemukan rentung dalam kebakaran yang memusnahkan dua buah rumah di kawasan itu awal pagi selasa.
00:08Kebakaran berlaku sekitar jam 4 pagi menyebabkan seorang penghuni lain cedera ketika cuba menyelamatkan diri.
00:14Ketua Balai Bomber dan Penyelamat Tambunan Michelle Francis George berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.08 pagi sebelum 8 anggota digerahkan ke lokasi.
00:24Api yang marak memusnahkan dua buah rumah dan turut melibatkan tiga buah kenderaan.
00:28Seorang penghuni lain dilaporkan cedera semasa melarikan diri dan diberi rawatan awal sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans.
00:36Mayat kanak-kanak itu diserahkan kepada polis diraja Malaysia untuk proses pengecaman dan tindakan lanjut.
00:42Unit forensik kebakaran kini menjalankan siasatan terperinci untuk mengenalpasti punca kebakaran dan jumlah kerugian di alami keluarga mangsa.
Comments