00:00Semua pekerja sektor swasta boleh memohon kepada pihak majikan melalui perlaksanaan AKF yang meliputi perubahan waktu kerja, perubahan hari bekerja dan juga perubahan tempat bekerja.
00:16Permohonan tersebut juga tertakluk kepada hari rehat, tempoh masa kerja, hari kelepasan dan lain-lain syarat perkhidmatan.
00:25Namun begitu, amalan kerja fleksibel termasuk pengaturan kerja dari rumah, work from home dengan izin, atau waktu kerja anjal ini adalah tertakluk kepada kesesuaian sektor jenis pekerjaan dan persetujuan antara majikan dan pekerja.
00:43Garis panduan perlaksanaan AKF juga telah disediakan bagi memberi pemahaman terperinci kepada pihak majikan, pekerja dan kesatuan sekerja mengenai perkara-perkara asas.
00:56Dalam usaha menyebar luas maklumat berhubung AKF ini, pelbagai program dan inisiatif telah dilaksanakan oleh kerajaan.
01:05Antaranya melalui program pendidikan pemburuhan oleh Jabatan Tenaga Kerja.
01:12Sehingga 2025, sebanyak 222 program pendidikan pemburuhan telah dilaksanakan termasuk mempromosi dan memberi taklimat mengenai AKF.
01:23Turut dilaksanakan adalah program FWA at Workplace oleh Talent Corp bagi membantu organisasi memahami dan melaksanakan AKF secara lebih berkesan melalui penyediaan toolkit, bengkel dan juga sesi konsultasi.
01:42Pada tahun 2025, sebanyak 2,460 organisasi telah terlibat. Ini telah memberi manfaat kepada kira-kira 474,400 pekerja.
01:55Pelaksanaan ini turut disokong oleh insentif cukai berupa potongan tambahan 50% kepada majikan yang melabur dalam pembangunan kapasiti dan perisian berkaitan AKF seperti diumumkan dalam Belanjawan 2025.
02:11Selain itu, bagi mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan sehat, menyokong kesejahteraan mental pekerja serta menghargai keseimbangan hidup,
02:22KISUMA menerusi Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan JKKP telah membangunkan Panduan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bagi perlaksanaan Aturan Kerja Fleksibel 2026
02:38sebagai rujukan kepada semua majikan dan pekerja di Malaysia yang melaksanakan AKF.
02:45Panduan ini menekankan tanggungjawab majikan bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja walaupun kerja dilaksanakan secara fleksibel termasuk dari rumah.
02:57Ini merangkumi keperluan menjalankan pentaksiran risiko keselamatan dan kesihatan pekerja, termasuk risiko ergonomik dan risiko psikosocial seperti tekanan kerja serta keletihan mental.
03:15Terima kasih kerana menonton!
Comments