Skip to playerSkip to main content
  • 20 hours ago
Kerajaan mentafsir Artikel 6.2 Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat (AS) dengan melihatnya selaras dengan amalan tadbir urus yang baik, prinsip persaingan sihat dalam aktiviti komersial dan selari dengan obligasi antarabangsa Malaysia.
Transcript
00:00Kerajaan mentafsir artikel 6.2 Perjanjian Perdagangan Timan Balas IRRT Malaysia Amerika Syarikat dengan melihatnya selaras dengan amalan takbir urus yang baik, prinsip persaingan sihat dalam aktiviti komersial dan selari dengan obligasi antarabangsa Malaysia.
00:15Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri berkata, semua komitmen dalam art ditafsir serta perlu diselaraskan, berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan, Perundangan Domestik dan Dasar Sosio-Ekonomi Nasional.
00:27Kata Miti, klausar ini bagaimanapun tidak mengenakan larangan mutlak terhadap semua bentuk sokongan kerajaan.
00:33Menurut Miti, bantuan kerajaannya khusus diberikan untuk melaksanakan obligasi perkhidmatan awam termasuk keperluan perbangunan nasional, keselamatan dan sosial adalah dibenarkan memandangkan ia tidak dianggap sebagai bantuan bukan komersial yang menjejaskan persaingan secara tidak wajar.
00:49Kementerian itu berkata demikian dalam jawapan bertulis Dewan Berakyat bagi menjawab soalan Mohd Syahir Richard Sulaiman, Ahli Parlimen BACO, mengenai bagaimana kerajaan mentafsir dan melaksanakan klausar 6.2 Art Malaysia Amerika Syarikat.
Comments

Recommended