Skip to playerSkip to main content
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata nilai transaksi harian bagi pelaksanaan subsidi mencecah RM3.1 juta, mencerminkan penglibatan kira-kira 3.1 juta rakyat setiap hari, dengan pelaksanaannya dilaporkan berjalan lancar dan terkawal.

Kerajaan turut memaklumkan purata penggunaan bahan api adalah sekitar 100 liter sebulan, manakala 90 peratus rakyat menggunakan kurang daripada 200 liter sebulan. Orang ramai juga menunjukkan semangat kebangsaan yang tinggi apabila bertindak melaporkan sekiranya terdapat kenderaan asing yang disyaki menyalahgunakan kemudahan tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, penyasaran subsidi RON95 yang dijadualkan pada tahun 2026 dijangka mampu menjimatkan kira-kira RM2.5 bilion, sekali gus memperkukuh usaha kerajaan memastikan subsidi lebih bersasar dan mampan.

#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Transcript
00:00Transaksi satu hari 3.1 juta orang satu hari tapi dia jalan dengan baik dan sebab itu penggunaannya pun rakyat Malaysia umumnya lebih bertanggungjawab.
00:23Kalau lihat ada kenderaan asing menggunakan, dia melaporkan. Jadi semangat kebangsaan dan pertanggungjawab dengan rakyat itu membanggakan.
00:36Kegunaan sekarang ini sekitar 100 liter average walaupun kita beri sampai 300.
00:42Dan 90 peratus rakyat guna tidak lebih daripada 200 liter sebulan.
00:51Jadi kadang-kadang dalam perbahasan mengatakan tak cukup sebenarnya terbukti dari pelaksanaan kita tidak begitu.
00:59Sekat ini penyasaran subsidi RON95 untuk 2026 dijangka menjimatkan 2.5 bilion ringgit.
Comments

Recommended