Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul pada Khamis mengumumkan keputusan untuk “memulangkan kuasa kepada rakyat” dengan membubarkan parlimen, sekali gus membuka laluan kepada pilihan raya lebih awal daripada dijangka.
00:00Perdana Menteri Thailand Anutin Chan Virakul mengumumkan keputusan untuk memulangkan kuasa kepada rakyat dengan membubarkan Parlimen pada Khamis.
00:10Ini sekaligus membuka laluan kepada pilihan raya lebih awal daripada dijangkakan.
00:16Jurucakap Kerajaan Siripong Angkasa Kulkiat memaklumkan bahawa langkah itu dibuat selepas berlaku perselisihan dengan blok terbesar di Parlimen iaitu Parti Pebangkang People's Party.
00:27Pengumuman mengejut itu menyusul ketika Thailand memasuki hari keempat konflik sengit di sempadan dengan Kemboja yang setakat ini meragut sekurang-kurangnya 20 nyawa dan mencederakan hampir 200 orang.
00:39Anutin menegaskan pembubaran Parlimen tidak akan menjejaskan operasi ketenteraan Thailand di kawasan sempadan yang kini menyaksikan pertempuran di lebih puluhan lokasi termasuk pertukaran tembakan artileri berat.
00:51Anutin merupakan Perdana Menteri ketiga sejak Ogos 2023 dan ketidaktentuan politik kini terus menekan ekonomi kedua terbesar di asal Tenggara itu yang kini berdepan tarif AS, hutang isi rumah tinggi serta penggunaan domestik yang lemah.
01:08Di bawah Perlembagaan Thailand, jika raja memperkenan permintaan pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 45 hingga 60 hari.
01:19Pada September lalu, Anutin menyatakan beliau merancang membubarkan Parlimen menjelang akhir Januari dengan pilihan raya umum dijangka berlangsung pada Mac atau awal April.
01:29Namun, tindakan terbaru ini mempercepatkan tempoh tersebut. Anutin mengambil alih tampuk pemerintahan selepas menarik parti Bum Jaitai keluar dari gabungan kerajaan terdahulu dan mendapat sokongan People's Party yang meletakkan beberapa tuntutan termasuk referendum pindaan perlembagaan sebagai syarat sokongan.
01:49Ketua People's Party Natapong Ruang Panjawud pula menegaskan parti Bum Jaitai tidak mematuhi persetujuan yang telah dicapai.
Be the first to comment