Sesi perbincangan antara Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Anutin Charnvirakul memberi tumpuan kepada isu keselamatan serantau dan perkara yang memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat Malaysia.
00:00Malaysia berharap agar Thailand dan Kemboja menunjukkan komitmen berterusan mematuhi gejata senjata dan perjanjian damai Kuala Lumpur.
00:09Perkara itu disampaikan timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Amidi ketika beliau mengadakan pertemuan rasmi dengan Perdana Menteri Thailand Anutin Chan Virakul di Bangkok pada Khamis.
00:21Menurut Zahid, sesi perbincangan tersebut memberi tumpuan kepada isu keselamatan serantau dan perkara yang memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat Malaysia.
00:33Tegasnya, Malaysia memandang serius perkembangan semasa dan berharap langkah penyelesaian dapat segera dilaksanakan demi melindungi orang awam dan mempertahankan kestabilan wilayah.
00:45Ia selaras dengan pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa keselamatan rakyat mesti menjadi keutamaan dan semua pihak perlu kembali kepada pendekatan diplomasi serta pematuhan undang-undang antarabangsa.
01:00Ini mustahak bagi meradakan keadaan pertikaian sempadan yang semakin meruncing.
01:04Malaysia akan terus mengambil pendekatan menyeluruh dan bersepadu dalam menanggani isu berkaitan keselamatan bagi memastikan kestabilan dan kesejahteraan rantau ini terus terpelihara.
Be the first to comment