Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Perkhidmatan Tindakan Periuk Api PBB beroperasi di Gaza sejak Oktober 2023 dan sejak itu, lebih 650 objek berbahaya dikenal pasti, dengan sebahagian besar daripadanya ialah bahan letupan aktif yang tidak meletup dan peranti letupan buatan sendiri.
Transcript
00:00Ketua Program Tindakan Periuk Api di wilayah Palestine, Julius Van Der Waal, memberi amaran sisa perang dan bahan letupan aktif yang tidak meletup menghalang pemulihan di Gaza dengan kanak-kanak menjadi kumpulan paling berisiko.
00:14Katanya dalam satu kenyataan, bahan letupan aktif yang tidak meletup di Gaza menimbulkan ancaman serius kepada orang awam, khususnya ketika ratusan ribu penduduk pulang ke rumah dan kejiranan masing-masing susulan gencatan senjata.
00:30Beliau berkata lebih dua tahun serangan Israel di Gaza telah menyebabkan pencemaran meluas dengan bahan letupan.
00:38Ini juga menjejaskan penghantaran bantuan kemanusiaan, melambatkan pemulihan sektor itu dan menjadikan kerja pembinaan semula amat berbahaya.
00:47Jelasnya lagi, pasukan pertubuhan bangsa-bangsa bersatu PBB berdepan bahaya bahan letupan hampir setiap hari di pelbagai kawasan di Gaza dan keluarga yang bergerak dalam wilayah itu turut terdedah kepada risiko yang sama.
01:00Katanya tiada data tepat mengenai sejauh mana pencemaran bahan letupan di Gaza.
01:05Namun, petunjuk kukuh menunjukkan kewujudannya secara meluas di hampir semua kawasan.
01:11Perkhidmatan tidak akan beri api PBB beroperasi di Gaza sejak Oktober 2023.
01:17Sejak itu, lebih 650 objek berbahaya dikenalpasti dengan sebahagia besar daripadanya bahan letupan aktif yang tidak meletup dan peranti letupan buatan sendiri.
01:28Van der Waal turut memberi amaran penduduk yang pulang ke rumah masing-masing perlu berhati-hati sepenuhnya dan segera melaporkan sebarang objek mencurigakan.
01:36Objek-objek berkenaan sangat sensitif dan boleh meletup pada bila-bila masa berpotensi menyebabkan kematian atau kecederaan serius selain melepaskan bahan toksik.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended