Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Pertempuran sempadan Thailand-Kemboja masuk hari ketiga, Trump berjanji hubungi pemimpin kedua negara untuk hentikan konflik. Ratusan ribu penduduk dipindahkan.
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan menghubungi pemimpin Cambodia dan Thailand untuk menghentikan konflik peperangan yang memasuki hari ketiga.
00:08Pada Julai lalu, Trump membantu mengatur gencatan senjata selepas lima hari pertempuran sengit yang mengorbankan sekurang-kurangnya 48 orang.
00:18Dalam ceramah di Pennsylvania, pada selasa, Trump menyenaraikan beberapa konflik antarabangsa yang pernah beliau campur tangan antaranya Pakistan-India dan Israel-Iran.
00:30In 10 months, I ended 8 wars, including Kosovo, Serbia, Pakistan and India, they were going at it, Israel and Iran, Egypt and Ethiopia, you didn't know about that, Armenia and Azerbaijan, and I hate to say this, one named Cambodia-Thailand that had started up today, tomorrow I have to make a phone call and I think they'll get it.
00:50Who else could say, I'm going to make a phone call and stop a war of two very powerful countries, Thailand and Cambodia, they're going at it again?
01:02But I'll do it.
01:04So we're making peace through strength, that's what we're doing.
01:07Menteri Luar Thailand, Sihasak Phuang Ketau berkata, tiada prospek untuk rundingan kerana situasi semasa tidak kondusif untuk campur tangan dari pihak ketiga.
01:20Namun, penasihat kanan kepada Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, menyebut negaranya bersedia berbincang pada bila-bila masa.
01:27Pada Junai lepas, Trump menggunakan kelebihan ke atas rundingan perdagangan untuk mendorong gencatan senjata.
01:34Kedua-dua negara sudah memindahkan ratusan ribu penduduk dari kawasan sempadan.
01:39Menurut data rasmi, 8 orang awam Kemboja terbunuh serta 20 cedera parah sejak Isnin, manakala Thailand melaporkan 4 tenter terbunuh dan 68 cedera.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended