00:00Penglibatan seluruh kementerian dan negeri dalam projek reformasi karenah birokrasi RKB membuahkan hasil apabila Malaysia kini menduduki tangga ke-23 dalam kedudukan daya saing dunia IMD.
00:14Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia, MPC, Dato' Zahid Ismail berkata, kejayaan RKB terletak pada kemampuannya menjimatkan kos bagi sektor awam dan swasta terutamanya apabila masa pelaksanaan dan proses birokrasi dapat dipendekkan.
00:31Jadi kalau kita dapat mempercepatkan masa daripada dua tahun proses untuk buat sebab teknologi konstruksi, for example, kita dah ada IBS dan sebagainya, teknologi konstruksi dah boleh reduce sehingga enam bulan.
00:46Tapi kalau kelulusan permit ambil masa sampai tiga tahun dan empat tahun, withholding cost itu tinggi.
00:51withholding cost itu masa itu kita translitkan itu yang kita panggil dia compliant cost. Sekarang kita beri compliant cost.
00:58Beliau berkata demikian ketika berucap selaku ahli panel Forum Reformasi Kerinah Birokrasi, Analisis Pencapaian dan Islah Berterusan di Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2025 di Putrajaya pada Sabtu.
01:11Untuk rekod, sebanyak 323 projek telah disiapkan sejak inisiatif itu diperkenalkan pada 2024.
01:17Jumlah ini sebahagian daripada 1,007 projek yang didaftarkan di seluruh negara dengan usaha tersebut berjaya menjimatkan RM2.1 bilion setahun.
01:25Dan Alhamdulillah, ranking kita sangat significant improve.
01:30Kalau overall ranking kita, competitiveness, kita dah melonjak.
01:33Dan juga birokrasi itu, daripada tangga ke-37 kita melonjak ke tangga ke-14.
01:42Jadi itu satu lonjakan yang besar melihatkan bahawa non-control KPI itu kita sangat significant.
01:49Pada masa sama, beliau turut mengambil contoh dua projek industri di Kulim dan Kulai yang mencatat pertubuhan pelaburan dan pembangunan pesat menunjukkan impak positif RKB terhadap ekonomi tempatan.
01:59Kerana di Kulai dan di Kulim, dia telah mempercepatkan proses daripada 3 tahun kepada hanya tinggal 10 bulan.
02:09Sebab itu dia brandkan di nama E10.
02:12Tapi sebenarnya E10 itu adalah nak menggambarkan bahawa mereka lebih cepat daripada yang sebelum ini.
02:17Untuk rekod, MPC memegang peranan memandu kementerian dan agensi menelpasti serta memperbaiki proses birokrasi sambil membimbing pelaksanaan projek RKB secara lebih efisien.
Be the first to comment