Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Kerajaan Kelantan memperuntukkan RM12 juta kepada semua PBT bagi menggerakkan kempen Kelantanku Bersih pada 2026, manakala RM5.29 juta turut diagihkan untuk menaik taraf kemudahan awam dan infrastruktur asas.
Transcript
00:00Kerajaan Kelantan memperuntukkan RM12 juta bagi merancangkan pelaksanaan kempen Kelantanku Bersih pada 2026.
00:08Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr. Mohd Fazli Hassan berkata,
00:13peruntukan itu diagihkan kepada semua pihak berkuasa tempatan dan diharap dimanfaatkan secara berkesan melalui perancangan teliti untuk memberi impak tinggi kepada rakyat.
00:23Katanya usaha ditingkatkan untuk menjadikan Kelantan lebih bersih dari aspek integriti petakbiran, persekitaran fizikal, amalan hidup rakyat dan nilai spiritual.
00:34Tegas Mohd Fazli, aspek kebersihan tidak hanya dibincangkan di meja mesyuarat, sebaliknya mesti dilaksanakan di lapangan termasuk di pasar, kawasan perubahan, taman, kampung dan pekan.
00:46Beliau turut mengumumkan pengagihan Improvement Service Fund berjumlah RM5.29 juta kepada semua 12 PBT di negeri itu bagi menaik taraf kemudahan awam dan infrastruktur asas.
01:00Tambahnya, dana tersebut perlu digunakan secara telus, amanah dan strategik supaya rakyat menerima perkhidmatan terbaik.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended