Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Keadaan menjadi semakin buruk apabila musim Monsun Timur Laut yang melanda ketika ini menyebabkan fenomena air pasang besar, sehingga mengakibatkan kediaman penduduk dinaiki air masin hampir setiap hari.
Transcript
00:00Seramai 135 bangsa daripada 43 keluarga di Batu Pahat Johor
00:05ditempatkan di tiga pusat transit sementara PTS di tiga kampung.
00:10Ia selepas kediaman mereka berterusan dinaiki air
00:13susulan benteng penahanan ombak di kampung Berong Laut ringgit pecah.
00:18Perduk mendakwa benteng itu telah pecah berulang kali sejak tujuh bulan lalu.
00:24Keadaan menjadi semakin buruk apabila musim monsoon timur laut
00:27yang melanda ketika ini menyebabkan fenomena air pasang besar
00:30sehingga mengakibatkan kediaman mereka dinaiki air masin hampir setiap hari.
00:35Suri rumah Norsidah Abu berkata banjir air masin yang melanda
00:39menyebabkan banyak perkekasan rumah rosak selain menimbulkan bau busuk.
00:44Walaupun dia telah membina tembok penghadang air di pintu rumah
00:47namun fenomena air pasang yang berlaku berulang kali
00:51menyebabkan jubin yang dipasang turut rosak.
00:53Dia orang surat. Jadi kalau orang kena hari sekolah tu
00:56kita terpaksa lah bawa semua lah buku-buku baju-baju dia orang.
01:00Pagi-pagi tu siapkan lah dia terus santuan ke sana
01:03balik kalau sini ada air tengah hari macam ni
01:07kita jadi ke sana lah siapkan dia dekat sana.
01:10eh kalau kering ni bila malam?
01:14Kering malam.
01:16Kering malam lah dia memang naik cepat turun lambat.
01:20Jadi macam tu lah kita nak nunggu dia sampai kering
01:23lepas tu nanti nak terus basuh.
01:25Kalau dia akan datang lagi masuk lagi teruk?
01:28Kita juga sikit-sikit lah besok-besok naik lagi kan.
01:31Jadi kita kalau boleh buang dia punya sedak-sedak dia yang lumpur-lumpur dia tu lah
01:36kena buang lah. Kau tak nanti kalau dah kering dia lekat susah nak.
01:39Susah nak anu. Kita tak apa-apa nak bersih sangat lah kalau ada kering tu.
01:42Sebab besok dah naik lagi. Besok naik lagi kan.
01:44Ha penat.
01:45Kalau dalam rumah tu kita anu.
01:47Ha ceduk. Sebab pintu-pintu semua dah tutup.
01:50Kita dah kepung-kepung pintu tu semua.
01:52Masalahnya keadaan rumah kita dengan kotoran.
01:57Setiap kali ikut air surut dia air dia ni naik dia ikut pasang surut.
02:03Dia ikut pasang surut.
02:04Bila air pasang dia naik.
02:06Bila air surut dia kering.
02:08Tapi dia meninggalkan keladak, lumpur, apa semua.
02:13Jadi lantai-lantai rumah semua kotor, licin.
02:18Jadi kita perlu membersihkan.
02:19Macam saya ada jaga cucu, dua orang.
02:26Jadi sekarang terpaksa lah yang seorang suruh balik tempat nenek dia
02:29sebelah darat sana yang tak kena.
02:32Tinggal seorang lagi tu.
02:34Lebih kurang dah umur enam bulan lah.
02:35Enam bulan, tujuh bulan macam tu.
02:37Jadi terpaksa kena pegang aje lah.
02:39Kalau air masuk dalam rumah.
02:42Takkan kita nak biarkan dia kat bawah.
02:45Terut terkesan ialah rumah Speaker Dewan Undangan Negeri Johor,
02:48Datuk Mohamad Muazzakashi.
02:50Beliau yang juga adun rengit berkata,
02:52lebih 100 meter benteng pecah menyebabkan air laut masuk ke kawasan kebun dan rumah penduduk.
02:58Ban pecah ini berlaku sejak tujuh bulan yang lalu.
03:02Sebenarnya projek membaiki dan menaik taraf benteng ini
03:08termasuk dalam jajaran membaiki benteng berlantampuk ke minyak beku.
03:16Tetapi oleh kerana benteng ini bila pecah,
03:20maka GPS membuat keputusan untuk supaya diutamakan untuk buat di sini.
03:30Jadi sebab itu bila diutamakan buat di sini,
03:35masalahnya ialah setiap kali buat pecah sana.
03:40Buat sana pecah sini.
03:42Jadi berlaku sejak tujuh bulan yang lalu
03:45dan boleh katakan setiap hari rumah penduduk dinaiki air.
03:50Dan sekarang bertambah teruk sebab sekarang ini adalah musim
03:52ombak lebih tinggi, air pasang.
03:55Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Jabatan Kebajikan,
04:00Pejabat Menteri Besar Johor dan agensi berkaitan
04:02yang membantu menguruskan mangsa di tiga PTS terbabit.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended