Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Siasatan SPRM mendapati tiada bukti calon PKR menerima rasuah, dengan asetnya diperoleh melalui simpanan dan perniagaan.
Transcript
00:00Siasatan Suruhanjaya Penjagaan Rasuah Malaysia SPRM terhadap seorang calon yang bertanding pada pemilihan PKR Mei lalu mendapati tiada bukti menunjukkan beliau menerima rasuah daripada mana-mana kontraktor atau pihak lain.
00:14Menurut sumber SPRM, semua sumber kewangan bagi pembelian aset calon itu berasal daripada simpanan peribadi serta hasil jualan perniagaan dan syarikat.
00:25Semakan aset menunjukkan calon tersebut memiliki beberapa rumah kos sederhana dan beberapa kenderaan yang semuanya dibeli melalui pinjaman bank yang sah.
00:35Menurut sumber, tuduhan berhubung pemilikan sebuah rumah luar biasa di Port Dickson adalah tidak tepat kerana rumah itu merupakan aset pihak berkuasa tempatan yang melalui proses pelupusan biasa dan dibeli pada harga RM55,000.
00:48Beberapa ahli majlis lain turut membeli rumah pada kadar sama dan simakkan membuktikan proses pelupusan tersebut teratur serta mengikut prosedur.
00:58Jelas sumber itu, calon itu pernah menjalankan beberapa perniagaan sebelum menyertai politik namun perniagaan tersebut telah dijual.
01:06Katanya calon berkenaan telah memberikan kerjasama penuh dan hadir bersama peguam semasa siasatan dijalankan.
01:13Calon itu sebelum ini dipanggil bagi memberikan keterangan berhubung dawaan rasuah semasa memegang jawatan sebagai ahli majlis di sebuah pihak berkuasa tempatan di Lembah Kelang.
01:24SPRM semalam menafikan tuduhan bahawa agensi tersebut digunakan untuk menyiasat calon-calon pemilihan PKR seperti dawaan Datuk Seri Rafi Zirambi dalam satu audio siar.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended