Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Mesyuarat Panel Dialog Damai bagi Wilayah Sempadan Selatan Thailand (PEDP) dan Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN) yang berlangsung di ibu negara pada Isnin mencadangkan agar sebuah kumpulan kerja teknikal ditubuhkan.
Transcript
00:00Mesyuarat Pedal Dialog Damai bagi wilayah Sempadan Selatan Thailand, PEDP dan Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani, BRN yang berlangsung di Ibu Negara Pada Istin, mencadangkan agar sebuah kumpulan kerja teknikal ditubuhkan.
00:15Fasilitator Kerajaan Malaysia, Dato' Muhammad Rabin Basir berkata, penubuhan kumpulan kerja teknikal itu adalah bagi memperincikan isu-isu utama serta mempercepat haletuju rundingan damai antara kerajaan Thailand dan BRN.
00:31Beliau memberitahu kumpulan kerja teknikal itu akan berperanan meneliti secara terperinci aspek pelaksanaan kerangka perdamaian, berteraskan tiga teras utama.
00:41PEDP dan BRN bersetuju untuk menambah baik kerangka sedia ada dengan menekankan pencapaian natijak akhir and state yang boleh dilaksanakan.
00:55Berasaskan tiga teras utama iaitu pemberhentian keganasan, konsultasi awam dan penyelesaian politik.
01:04Mesara turut mencadangkan agar kumpulan kerja teknikal yang berkaitan ditubuhkan bagi membincangkan isu-isu berkenaan dengan lebih lanjut.
01:14Malaysia setiasa komited untuk mempercepatkan segala usaha dan ikhtiar ke arah perdamaian.
01:26Ini termasuk membincangkan aspek inklusiviti dengan lebih mendalam yang akan diperhalusi di peringkat meja perbincangan teknikal pada masa akan datang.
01:37Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat panel dialog damai PEDP dan BRN kali ke-8 di Kuala Lumpur pada Isnin.
01:47Pada masa sama, kata beliau, Malaysia menyambut baik keputusan kedua-dua pihak untuk menyambut semula proses perdamaian yang tertangguh sejak Ogos tahun lalu.
01:57Katanya perkembangan itu menggambarkan komitmen kukuh mereka yang berterusan ke arah penyelesaian konflik secara tuntas.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended