00:00Dua remaja lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Magistret Sungai Petani pada Isnin atas tuduhan mencederakan seorang pelajar Kolej Vokasional bulan lalu.
00:09Pengakuan itu dibuat di hadapan Magistret Muhammad Azlan Basri selepas pertuduhan dibacakan terhadap kedua-dua remaja berusia 16 dan 17 tahun itu.
00:19Bagaimanapun, hukuman ke atas dua remaja tersebut belum diputuskan kerana mahkamah menunggu laporan akhlak sebelum membuat keputusan.
00:27Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap pelajar lelaki berusia 17 tahun di asrama kira-kira jam 12.04 tengah malam 24 November lalu.
00:41Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
00:53Tertuduh dibenar diikat jamin RM1,000 dan kes disebut semula 25 Desember ini.
01:00Sebelum ini, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dalam kenyataan memaklumkan,
01:055 pelajar dibuang manakala 3 lagi digantung selepas didapati terbabit dalam pergaduhan sehingga seorang pelajar pengsan.
Comments