Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata mesyuarat MPP turut menerima taklimat ringkas daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Presiden PKR berhubung beberapa tindakan ekonomi terkini termasuk kenaikan had ambang e-invois dan lebihan cukai yang perlu dibayar balik lebih pantas.
00:00Majlis Pimpinan Pusat MPP PKR pada Isnin mengadakan mesyuarat khas untuk meneliti dapatan awal analisis keputusan peliharaan negeri Sabah ke-17.
00:10Ketua Penerangan PKR Dato' Fahmi Fazil berkata, mesyuarat turut dibincangkan ialah isu yang berkait dengan prestasi kerusi yang ditandingi PKR dan Pakatan Harapan.
00:20Jelas beliau proses mengumpul pandangan dan dapatan akan diteruskan untuk tindakan susulan pada mesyuarat MPP akan datang.
00:28Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, mesyuarat MPP turut menerima taklimat ringkas daripada Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim yang juga Presiden PKR.
00:38Ia berhubung beberapa tindakan ekonomi terkini termasuk kenaikan had ambang e-invoice dan lebihan cukai yang perlu dibayar balik dengan lebih pantas.
Be the first to comment