Sultan Mizan bertitah usaha memelihara benua itu amat mustahak kerana pencairan pelantar ais Antartika akibat pemanasan global telah menyebabkan kenaikan aras laut sebanyak 7.4 milimeter, seperti yang digariskan dalam Laporan Penilaian Keenam Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC).
00:00Malaysia memikul tanggungjawab moral, ilmiah dan global dalam usaha memelihara Antartika kerana setiap perubahan yang berlaku di benua itu memberi kesan langsung kepada negara ini.
00:11Demikian titah Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin sempena sambutan Hari Antartika 2025 peringkat kebangsaan pada Isnin.
00:20Baginda Bertitah Malaysia sebagai anggota Triti Antartika 1959 perlu menyumbang secara lebih bermakna kepada usaha global menangani perubahan iklim dan mastikan bumi terpelihara untuk generasi akan datang.
00:36Question of Antartika telah membuka ruang perdebatan global bahawa Antartika ialah warisan bersama manusia dan perlu ditakbir secara telus serta inklusif.
00:51Legasi ini telah memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai antara negara terawal memperjuangkan prinsip keadilan dalam diplomasi Antartika,
01:04menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang amat dihormati di peringkat antarabangsa.
01:11Pada majlis itu, Sultan Mizan selaku penawayasan pendidikan Sultan Mizan YPASM berkenan menganugerahkan gram penyelidikan YPASM kepada penyelidik daripada 12 universiti
01:24bagi melaksanakan kajian dan projek berkaitan usaha pemeliharaan dan pemeliharaan iklim.
01:31Baginda turut menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian kolaborasi antara YPASM dan 12 universiti tempatan
01:40bagi kitaran ketiga Smart Partnership Inisiatif untuk tempoh 2026 hingga 2030.
Be the first to comment