Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Johari berkata polis akan menyerahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.
Transcript
00:00Polis telah mengambil keterangan lima individu berhubung kematian seorang kanak-kanak lima tahun akibat lemas di kolam sebuah rumah kelab di Lenggeng, Nilai, Sabtu lepas.
00:12Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Johari Yahya berkata, mereka ialah ibu, bapa dan kakak mangsa yang berusia 15 tahun, guru serta doktor.
00:22Katanya siasatan mendapati kanak-kanak itu mandi di kolam tanpa pengawasan orang dewasa dan kes disiasat mengikut Seksyen 31-1-A Akta Kanak-Kanak 2001 kerana pengabayan.
00:38Johari maklumkan berdasar siasat di Hospital Rembau mengesahkan punca kematian disebabkan lemas.
00:44Katanya polis akan menyerahkan kertas siasatan kepada timbalan pendawa raya dalam masa terdekat.
00:49Beliau menyesahkan ibu bapa sentiasa mengawasi anak ketika berada berhampiran kolam atau kawasan berair bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
00:59Pada 12.15 tengah hari Sabtu lepas, mangsa ditemukan tidak sedarkan diri di dalam kolam itu selepas menghadiri majlis penyampaian hadiah sebuah tadika di Dewan Rumah Kelab tersebut.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended