Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
SPRM memaklumkan usaha itu adalah bagi meningkatkan pematuhan korporat supaya syarikat yang mengurus dana awam melaksanakan mandat obligasi sosial berdasarkan standard tatakelola baik di bawah kerangka undang-undang lebih berstruktur.
Transcript
00:00Ombudsman Malaysia akan ditubuhkan dengan mandat yang lebih luas untuk memperkukuh integriti dan ketelusan sektor awam negara.
00:08Perkara itu dipersetuju dalam Mesyuarat Jawatan Kuasa Khas Kabinet Tata Kelola Negara JKKTN 2025 yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin.
00:19Suruhanjaya Pejegah Rasuah Malaysia SPRM dalam kenyataan memaklumkan cadangan itu merangkumi fungsi salah takbiran, salah laku, pelindungan pemberi maklumat serta kebebasan maklumat.
00:32Ia mengutamakan kepentingan dan hak rakyat untuk mengajukan aduan bagi penambahbaikan perkhidmatan dan mengekalkan tahap integriti tinggi sektor awam.
00:42Menurut SPRM, RUU Ombudsman akan dibentangkan di Parlimen pada awal tahun depan.
00:47Katanya mesyuarat itu juga menyambut baik cadangan pengubalan Undang-Undang Baharu bagi mengawal selia perusahaan yang dimiliki atau dikawal kerajaan SOE termasuk anak syarikat di bawah badan berkanon.
00:59Melalui perundangan ini, penubuhan dan laporan SOE hendaklah dibentangkan di Parlimen bagi memastikan keterusan dan kebertanggungjawapan.
01:08SPRM menambah usaha itu bagi meningkatkan pematuhan korporat supaya syarikat yang mengurus dana awam melaksanakan mandat obligasi sosial
01:16berdasarkan standar tata kelola baik di bawah kerangka Undang-Undang lebih berstruktur.
01:21Mesyuarat itu antaranya dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zaid Hamidi,
01:25Menteri di Jabatan Perdana Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Othman Said,
01:31serta Ketua Setiusa Negara Tan Sri Syamsul Azri Abu Bakar.
01:34Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended