Usaha menyediakan perumahan selesa dan mewartakan penempatan kampung sebagai antara pencapaian penting sepanjang dua penggal berkhidmat sebagai wakil rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Apas, kata calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.
00:00Usaha menyediakan perumahan selesa dan mewartakan penempatan kampung sebagai antara pencapaian penting sepanjang dua penggal berkhidmat sebagai wakil rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri Dun Apas, kata calon gabungan Rakyat Sabah JRS, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.
00:16Beliau yang juga penyandang kerusi Dun itu berkata, kawasan Apas yang berada di pesisir pantai, menjadikan isu tempat tinggal yang teratur dan selamat sebagai keperluan mendesak yang perlu diberi penekanan.
00:26Sejak saya menjadi wakil rakyat, saya telah memperjuangkan untuk mendapat peruntukan untuk membina perumahan rakyat.
00:38Alhamdulillah, saya dipahamkan baru-baru ini ada engagement daripada Timbalan Menteri Ekonomi Persekutuan dan cadangan daripada kita untuk memohon pembinaan rumah rakyat PPR ini
00:55telah diberi respon yang positif kerana saya sebagai wakil rakyat, saya telah mengenal pasti kawasan yang boleh dijadikan tempat pembinaan PPR ini.
01:06Tambahnya lagi, perkara itu telah dikemukakan kepada Kerajaan Negeri Sabah dan mendapat persetujuan selain turut dibawa sendiri kepada Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal perumahan di negeri itu.
01:18Malah, permohonan sama juga telah dibentangkan di peringkap sekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan KPKT.
01:24Justru pihaknya berharap peruntukan bagi pembinaan PPR dapat dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke-13 RMK-13 sekaligus membolehkan 500 hingga 1,000 unit rumah disediakan.
01:35Selain itu, ujannya beberapa kawasan perkampungan yang sebelum ini tidak berdaftar kini berjaya diwartakan sebagai penempatan sah.
01:42Usaha mewartakan penempatan ini katanya merupakan langkah berterusan bagi memberi impak langsung kepada kehidupan penduduk.
01:49Sejak saya menjadi wakil rakyat, saya telah berjaya mewartakan beberapa penempatan perkampungan yang telah digajet sebagai penempatan yang berdaftar, yang telah diwartakan.
02:02Dan ada beberapa lagi tempat-tempat perkampungan yang kita sedang usahakan.
02:07Termasuklah di Kampung Titingan ini, kita telah berjaya mewartakan satu kawasan untuk penduduk-penduduk yang memerlukan tempat tinggal.
02:15Ini adalah usaha kita yang berterusan.
02:19Nizam akan mempertahankan kursi Donapas untuk penggal ketiga dan bakar berdepan saingan daripada lima calon lain.
02:25Mereka membabitkan Sarmat Ahmad Simito Warisan, Marsyah Umat PPRS, Herman Amdas PIS, Elmi Arizan Ardan BN dan Lim Tingkai PN.
Be the first to comment