Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan menegaskan bahawa penerimaan rakyat terhadap seseorang calon adalah faktor paling penting dalam menentukan sokongan politik, mengatasi pengaruh parti yang diwakili.
00:00Sementara itu, Nizam menegaskan bahawa penerimaan rakyat terhadap seseorang calon adalah faktor paling penting dalam menentukan sokongan politik mengatasi pengaruh parti yang diwakili.
00:10Katanya dalam konteks politik semasa kekuatan peribadi seorang pemimpin serta keupayaannya berhubung rapat dengan masyarakat lebih memberi kesan berbanding populariti parti semata-mata.
00:21Pada saya, parti itu hanya sebagai wadah. Yang paling penting ialah personal touch kita kepada rakyat.
00:34Walaupun parti itu parti yang besar, tetapi kalau rakyat tidak suka kepada pemimpin parti itu, maka sudah pasti ia juga tidak akan membawa apa-apa makna kepada calon yang bertanding.
00:50Namun, yang penting di sini ialah bagaimana kita membawa diri kita supaya rakyat dapat menerima kita sebagai pejuang mereka, sebagai pembela mereka.
01:04Nizam yang sebelum ini pernah bertanding atas tiket Baisan Nasional PN pada penggab pertama dan Perikatan Nasional PN pada PRN 16 berkata,
01:11perubahan platform politik bukan isu utama selagi hikmat kepada rakyat menjadi keutamaan.
01:16Beliau menjelaskan bahawa strateginya berdepan PRN ke-17 ini tidak berubah daripada apa yang diamalkannya sejak diberi mandat pada pilihan raya lalu,
01:25iaitu berada bersama rakyat secara konsisten dan bukan hanya muncul ketika waktu berkempen.
01:30Saya menjadi wakil rakyat bukan hanya berada di lapangan ketika pilihan raya,
01:39tetapi saya sentiasa bersama-sama dengan rakyat yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi wakil mereka sejak pilihan raya yang lalu.
01:50Jadi inilah adalah merupakan salah satu pendekatan saya kepada rakyat dan masyarakat khususnya pengundi-pengundi di kawasan Apas ini
01:59dan sudah pasti pendekatan atau engagement ini akan berterusan malah saya pertingkatkan lagi semasa kempen pilihan raya ini.
02:10Pada PRN ke-16, Nizam yang bertanding atas tiket PN berjaya memperolehi 6,252 undi
02:18dengan mencatat 2,049 majoriti menerusi saingan empat penjuru.
02:23Sementara pada penggal pertamanya yang bertanding atas tiket PN,
02:26Nizam memperolehi 7,243 undi juga dalam saingan empat penjuru dengan majoriti 1,787 undi.
Be the first to comment