00:00Perkhidmatan tren dari Padang Besar ke Hadnyai dihentikan sementara sejak Jumat lepas berikutan banjir yang melanda kawasan selatan Thailand.
00:08Eksekutif Operasi Kereta Api Tanah Melayu, Berhad KTMB Padang Besar, Mohd Faris Chek Lah berkata,
00:14laluan dari Padang Besar ke Hadnyai ditutup selepas paras air di kawasan berhampiran stesen Klong Ngai di Sadau, wilayah Songkla, mula meningkat dan menjejaskan keselamatan operasi.
00:24Pembukaan semula perkhidmatan tren melibatkan laluan itu hanya akan dibuat selepas keadaan banjir pulih sepenuhnya dan disahkan selamat oleh pihak berkuasa.
00:35Pada Sabtu, kira-kira 4,000 rakyat Malaysia di Hadnyai dan kawasan berhampiran terkesan akibat banjir yang sedang melanda bandaraya itu.
00:44Bagaimanapun, semuanya dilaporkan selamat menurut Kementerian Luar Malaysia.
00:48Konsulat General Malaysia di Songkla menasihatkan rakyat Malaysia menangguhkan perjalanan ke wilayah selatan Thailand susunan bencana banjir yang melanda kawasan itu ketika ini.
00:59Kebanyakan wilayah di selatan Thailand kini dilanda banjir berikutan hujan lebat berterusan.
Be the first to comment