00:00Tindakan seorang lelaki memandu kenderaan utiliti sukan secara berbahaya di lebuh raya Sungai Bersi didakwa berpunca daripada tayar pecah selepas terlanggar lubang.
00:10Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Grafik Kuala Lumpur, Asisten Komisional Muhammad Zamzuri Muhammad Isa berkata,
00:16kenderaan jenis Range Rover Vela itu dipandu menghala Taman Naga Emas dalam kejadian pada pagi Sabtu.
00:22Menurutnya, pemandu kenderaan berusia 32 tahun itu tampil ke Balai Polis Grafik jam 10.30 pagi pada Ahad.
00:28Sebelum ini, tulah video memaparkan ketegangan melibatkan pengguna jalan raya lain selepas pemandu terbabit mahu meneruskan perjalanan meskipun tayar belakang sebelah kanan sudah pecah.
00:39Jelas Muhammad Zamzuri berdasarkan keterangan dirakam, lelaki terbabit mahu menyambung perjalanan untuk pulang ke rumah memandangkan lokasi kediaman sudah berdekatan.
00:48Proses siasatan sedang dijalankan termasuk ujian saringan air kencing dan nafas atau EBA terhadap individu tersebut.
Be the first to comment