Skip to playerSkip to main content
  • 19 minutes ago
Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama berkata Tabung Haji dapat tarik perhatian pendeposit pastikan simpanan mencukupi

Transcript
00:00Tindakan proaktif tabung haji diakini dapat memastikan simpanan pendeposit mencukupi sebelum menunaikan ibadah haji.
00:08Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Halewal Agama Zulkifih Hassan berkata demikian susulan laporan mengenai 50% jemaah menolak tawaran menunaikan haji pada musim yang lepas.
00:18Oleh kerana adanya inisiatif-inisiatif proaktif tabung haji, Alhamdulillah kita telah berjaya menarik perhatian dan mengingatkan para pendeposit untuk memastikan tabungan mereka cukup.
00:36Alhamdulillah kenyataan terkini yang diterberikan tabung haji bahawa keadaannya semakin baik. Alhamdulillah.
00:43Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas menghadiri Seminar Kebangsaan Peradaban Madani 2025 di Bangi pada Sabtu.
00:52Ditanya mengenai sasaran untuk mengurangkan peratusan pada musim akan datang, beliau mengesahkan tabung haji sudah bersedia dengan pelan transformasi.
01:00Tabung haji dalam kenyataannya pada Jumat berkata usaha sedang dijalankan seperti peringatan berkala sejak Ogos 2025 kepada semua bakal jemaah haji 2026
01:08bagi memastikan persediaan mencukupi dari segi kewangan, kesihatan dan ilmu pengetahuan.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended