Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Barisan Nasional melancarkan manifesto PRN Sabah ke-17 melalui Rancangan Pembangunan Sabah Satu (RPS1) yang menggariskan enam teras utama termasuk kemakmuran ekonomi, pendidikan berkualiti, peranan wanita dan orang muda serta kelestarian sumber alam.
Transcript
00:00Barisan Nasional BN hari ini melancarkan manifesto pilihan raya negeri Sabah ke-17 yang menggariskan enam teras utama bagi memacu pembangunan negeri serta kesejahteraan rakyat.
00:11BN turut menyatakan bahawa manifesto yang dilancarkan ini merupakan sebahagian dari rancangan pembangunan Sabah 1 atau RPS 1.
00:19Menurut bendahari UMNO Sabah, Datuk Seri Dr. Saleh Said Keruak, RPS 1 merangkumi aspek kemakmuran ekonomi, kesejahteraan hidup, pendidikan berkualiti, peranan wanita dan orang muda, transformasi politik serta kelestarian sumber alam.
00:34Jelas beliau manifesto yang diumumkan ini telah disusun rapi selepas mengambil kira keperluan rakyat Sabah dengan politik dijadikan wadah untuk membangunkan negeri.
00:44Pelancaran bagi manifesto PRN Sabah ke-17 ini diadakan di bangunan UMNO Sabah dan turut dihadiri pengurusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zaid Hamidi, pengurusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin serta pimpinan tertinggi parti.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended