Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
"Black Wave' yakin gerakan itu boleh memenangi sekurang-kurangnya lapan hingga 12 daripada 17 kerusi yang ditandingi.
Transcript
00:00Dato' Verdun Mahanda menyifatkan gerakan Black Wave atau Gelombang Hitam sebagai antara pencabar utama kepada parti-parti besar yang bertanding dalam pilihan raya negeri PRN Sabah ke-17.
00:13Ahli Parlimen Kudat yang mengetuai gerakan itu berkata, ia susulan peningkatan ketara sokongan pengundi terutama dalam kalangan anak muda dan atas pagar yang mahukan kepimpinan yang benar-benar bersih dan mewakili suara mereka.
00:27Setiap hari peningkatan dari segi penonjolan dan tarikan penyokong-penyokong maupun rakyat pada keseluruhannya kepada tawaran kita melalui gerakan Black Wave ini semakin menjadi tarikan ramai dan saya nampak kita adalah antara pencabar utama kepada parti-parti besar yang bertanding sekarang ini.
00:53Mengulas mengenai lokasi yang menunjukkan lonjakan sokongan ketara, Verdun berkata perkembangan itu dapat dilihat di hampir semua kawasan yang ditandingi calon gelombang hitam termasuk kawasan-kawasan bandar dan pedalaman.
01:08Begitupun calon Dewan Undangan Negeri Tanjung Kapur itu tidak mahu mendabik dada.
01:12Sepaliknya yakin gerakan itu memenangi sekurang-kurangnya 8 hingga 12 daripada 17 kerusi yang ditandingi mereka.
01:18Saya jangkakan di Parlimen Kudat ini sendiri kita akan mendapat 3 kerusi yang kita tandingi di sini, N1, N2 dan N4 Tanjung Kapur ini dan juga beberapa kawasan yang lain seperti Malalap dan juga kawasan Inanam.
01:36Begitu juga dengan calon-calon kita di sebelah Tawau, di Kukusan dan juga di Balong.
01:42Verdun menegaskan matlamat gelombang hitam ialah untuk berada dalam kerajaan negeri sebagai tulang belakang.
01:48Dalam masa sama memainkan peranan semak dan imbang bagi memastikan pentadbiran yang bakal dibentuk adalah bersih, bertanggungjawab dan benar-benar mewakili suara rakyat.
01:58Selain itu, gelombang hitam mengemukakan 10 teras kepimpinan yang dianggap lebih relevan dalam memastikan suara rakyat dikembalikan kepada tempatnya.
02:06Antaranya mengembalikan kuasa kepada rakyat memandangkan ia tidak terikat dengan mana-mana arahan pihak luar dan bebas menyuarakan kepentingan pengundi masing-masing.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended