Sebuah PPS dibuka di Bachok selepas hujan lebat berterusan menyebabkan banjir di beberapa kawasan. Seramai 43 mangsa daripada 12 keluarga telah dipindahkan. Kampung Budi di Tawang antara kawasan yang dinaiki air, dengan pergerakan kenderaan terjejas. MetMalaysia sebelum ini mengeluarkan amaran hujan berterusan untuk Kelantan dan Terengganu sehingga 26 November.
00:00Sebuah pusat pemindahan sementara PPS dibuka di Bacuk malam tadi sesulan banjir selepas hujan lebat berterusan tahap ospada sejak Jumaat.
00:10Menurut info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM, PPS itu menempatkan 43 mangsa daripada 12 keluarga membabitkan satu mukim yang terjejas.
00:20Tinjauan di Kampung Budi, Tawang mendapati beberapa kawasan masih dinaiki air dengan paras banjir mula menegelami jalan kampung serta halaman rumah penduduk.
00:31Gangguan turut berlaku kepada pergerakan kenderaan dan ramai penduduk mengalihkan kereta ke kawasan lebih tinggi bagi mengelakkan ditenggelami air.
00:39Trak bomba dan anggota penyelamat berada di kawasan berkenaan bagi memantau keadaan dan memastikan keselamatan penduduk.
00:46Pada Jumaat, Med Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap ospada untuk Kelantan dan Terengganu sehingga Rabu ini 26 November.
Be the first to comment