Astronaut NASA, Zena Cardman, merakam fenomena aurora borealis dari Stesen Angkasa Antarabangsa dalam misi SpaceX Crew-11. Rakaman itu menunjukkan warna cahaya utara yang terang ketika ISS merentasi Amerika Utara dan Teluk Mexico. Fenomena aurora semakin kerap berlaku kerana Matahari berada pada fasa puncak kitaran 11 tahun, menyebabkan lebih banyak zarah bercas memasuki atmosfera di kawasan kutub.
00:00Pentabiran aeronautik dan angkasa lepas AS berkongsi rakaman baru fenomena cahaya utara yang dirakam dari stesen angkasa antarabangsa ISS oleh komander NASA SpaceX Crew 11, Zina Cutman.
00:15Rakaman yang diperolehi pada 17 November itu memaparkan pancaran aurora borealis yang kelihatan jelas dari orbit bumi.
00:23Menurut Cutman, fenomena tersebut merupakan pemandangan yang kerap disaksikan dari ISS dan menyifatkan paparan minggu lalu sebagai antara yang terbaik.
00:35Beliau menjelaskan bahawa rakaman tersebut turut memperlihatkan beberapa lokasi di bumi termasuk Houston dan Florida sebelum ISS bergerak merentasi teluk Meksiko menuju kawasan ribut petir di Amerika Selatan ketika matahari terbit.
00:48Aurora Borealis dan Aurora Australis berlaku apabila medan magnet bumi mengalirkan zarah bercas dari matahari ke kawasan kutub sebelum bertembung dengan atmosfera dan menghasilkan warna cahaya yang beralun.
01:02Kekerapan fenomena aurora meningkat sejak tahun lalu susulan matahari berada pada fasa puncak kitaran aktiviti 11 tahun dikenali sebagai solar maximum.
01:11Fasa ini dijangka berterusan hingga hujung tahun dengan paparan aurora yang lebih kerap dan lebih terang.
Be the first to comment