Skip to playerSkip to main content
  • 10 minutes ago
Istiadat pertukaran pengawal Istana Negara siri 2/25 yang berlangsung di dataran pintu masuk utama, sekali lagi menjadi tumpuan orang ramai yang hadir untuk menyaksikan istiadat penuh tradisi ketenteraan itu.
Transcript
00:00Tukaran pengawal Istana Negara Siria 225 yang berlangsung di dataran pintu masuk utama sekali lagi menjadi tumpuan orang ramai untuk hadir menyaksikan istiadat penuh tradisi ketenteraan itu.
00:12Istiadat melibatkan pasukan batalion pertama regimen askar Melayu diraja dan skuadron istiadat berkuda berkenaan berperanan menunjulkan komitmen Angkatan Tentera Malaysia ATM untuk sentiasa bersiap siaga pada setiap masa.
00:26Dan untuk perkembangan lanjut kita akan terus bersama rakan setugas Faidah Rahim. Silakan Faidah.
00:34Terima kasih rakan setugas di Estro. Pada ketika ini kami berada di pintu masuk utama Istana Negara di Jalan Tuan Kuk Abdul Halim yang mana pada pagi ini berlangsung istiadat pertukaran pengawal istana
00:50yang mana pada pagi ini memperlihatkan peralihan tugas secara rasmi dari kumpulan pengawal lama yang telah selesai menjalankan tugas kepada kumpulan pengawal istana yang baharu
01:04yang sekaligus menonjulkan komitmen ATM dalam memastikan keselamatan istana negara terus terpelihara sekaligus memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa keupayaan pertahanan negara berada pada tahap optimum.
01:19Dan daripada itu untuk apa yang dapat saya kongsikan juga pesara pada pagi ini bermula pada jam 8.30 pagi yang mana dimulakan dengan perbarisan keluar anggota pengawal istana negara dari dalam
01:34dari perkarangan istana di dalam yang mengambil kedudukan di hadapan pintu utama dan kemudian disertai anggota pengawal baharu yang mengambil kedudukan berhadapan dengan mereka pada jam 8.45.
01:50Seterusnya secara rasmi, syara bermula pada jam 9.30 pagi dan tamat pada jam 10 pagi ini.
01:58Dan dalam pada itu juga pertukaran rasmi dan selain istiadat ini juga yang berlangsung, apa yang turut mencuri tempuan ialah kehadiran pelancong dan pengunjung yang begitu ramai.
02:11Ratusan pengunjung berada di sini untuk menyaksikan acara pada pagi ini.
02:17Dan dalam pada itu juga istiadat pertukaran pengawal ini membawa simbolik yang cukup mendalam dari sudut ketenteraan.
02:26Ia bukan sahaja mengekalkan tradisi ketenteraan yang diamalkan sejak tahun 1959 malah menjadi lambang ketaatan anggota tentera Malaysia kepada institusi diraja.
02:40Dan apa yang dapat dikongsikan juga adalah jumlah keseluruhan penglibatan anggota tentera dalam istiadat ini adalah seramai 9 pegawai dan 164 anggota lain-lain pangkat.
02:54Dan untuk info, istiadat pertukaran pengawal istana ini juga telah mula dilaksanakan pada tahun 1959 dan pada tahun 1994 istiadat ini diperkenankan untuk disaksikan oleh orang awam di hadapan istana negara.
03:11Dan setakat ini sahaja dapat saya kongsikan dari lapangan dan kami akan bawakan perkembangan maklumat di portal astroawani.com.
03:22Kita kembali ke studio. Terima kasih.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended