Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Ahli Kongres Georgia, Marjorie Taylor Greene, mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa 5 Januari 2026 selepas hubungan politiknya dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, merosot. Greene sebelum ini mengkritik Trump berhubung fail Jeffrey Epstein serta isu dasar luar dan kesihatan, manakala Trump melabelnya sebagai “pengkhianat” dan berjanji menyokong pencabar beliau. Greene menyatakan beliau tidak pernah diterima dalam budaya politik Washington dan menegaskan wakil rakyat perlu berhak mengundi mengikut hati nurani.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kita beralih ke laporan luar negara. Ahli Kongres Georgia, Mejorie Taylor Greene, yang sebelum ini dikenali sebagai penyokong tegar Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa Januari tahun depan.
00:14Dalam video berdurasi lebih 10 minit yang dimuat naik pada Jumaat, Greene memaklumkan keputusan tersebut diambil kerana merasakan dirinya tidak pernah diterima di Washington dan tidak pernah serasi dengan budaya politik di ibu negara.
00:27Pengunduran itu berlaku selepas hubungan Greene dan Trump merosot dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
00:35Greene lantang mengkritik pendirian Trump berhubung fail Jeffrey Epstein, Dasar Luar dan Isu Kesihatan.
00:41Trump pula membalas dengan melabelnya sebagai pengkhianat, serta menyatakan hasrat untuk menyokong pencabar beliau pada pilihan raya akan datang.
00:49Greene menjelaskan bahawa hari terakhir beliau di Kongres ialah pada 5 Januari 2026.
00:54White House tidak memberikan sebarang maklum balas terhadap laporan tersebut setakat malam Jumaat.
00:59Dalam videonya, Greene menegaskan bahawa beliau kekal setia kepada Trump sepanjang kerjanya kecuali dalam beberapa isu tertentu.
01:06Beliau menambah bahawa ahli Kongres perlu diberi ruang untuk mengundi mengikut suara hati dan kepentingan kawasan yang diwakili.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended