Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Pihak berkuasa Chile memperkenalkan perjalanan pertama lokomotif berkuasa hidrogen hijau di Antofagasta, menandakan pencapaian penting dalam penggunaan tenaga bersih. Lokomotif yang dibangunkan AHTECH CRRC Qishuyan Company dari China itu menggunakan sistem hibrid hidrogen–bateri dengan kuasa 1,000 kW. Demonstrasi dari Patio Norte ke Pelabuhan Antofagasta disokong oleh kemudahan pengisian hidrogen dan pengecasan elektrik yang dibina khusus untuk operasi bebas diesel.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pihak berkuasa Chile meraihkan satu pencapaian penting apabila bandar pesisik Antofagasta menjadi lokasi perjalanan pertama lokomotif berkuasa hidrogen hijau pada Khamis.
00:12Majlis perasmian itu melibatkan perjalanan lokomotif tersebut dari kawasan patio norte di bahagian utara bandar berkenaan menuju ke pelabuhan Antofagasta.
00:22Simulasi itu menandakan langkah awal dalam usaha negara itu menggalakkan penggunaan teknologi tenaga bersih dalam sektor pengangkutan ril.
00:32Lokomotif berkenaan menerima bekalan hidrogen daripada stesen yang terletak di patio norte yang turut dilengkapi sistem pengicasan elektrik serta titik pengisian hidrogen.
00:43Kemudahan itu bertujuan memastikan operasi yang stabil dan bebas daripada komponen diesel tradisional.
00:49Menurut kenyataan rasmi, lokomotif tersebut dibangunkan oleh Ahtec CRRC Kishuyan Company dari China dengan kapasiti kuasa 1000 kW serta sistem hybrid hidrogen iaitu bateri yang menggantikan keperluan bahan api fosil dalam enjin lokomotif.
01:06Pihak berkuasa Chile menganggap demonstrasi ini sebagai langkah strategik untuk memperluas penggunaan tenaga boleh baharu sekaligus menempatkan negara itu sebagai peneraju serantau dalam pembangunan teknologi hidrogen hijau.
01:19Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended