Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy menegaskan kesediaan untuk bekerjasama rapat dengan Amerika Syarikat bagi merangka pelan damai menamatkan perang dengan Rusia, namun berjanji tidak akan mengorbankan kepentingan negara. Dalam mesej video, beliau memberi amaran bahawa tekanan politik dan maklumat dijangka meningkat minggu hadapan, sambil menggesa rakyat kekal bersatu menghadapi antara detik paling sukar dalam sejarah Ukraine.
00:00Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky berikra untuk bekerjasama segera dan secara konstruktif dengan Amerika Syarikat dalam usaha merangka pelan damai bagi menamatkan peperangan dengan Rusia, namun menegaskan beliau tidak akan mengorbankan kepentingan negara.
00:15Dalam satu kenyataan video, Zelensky menyampaikan mesej jelas bahawa sebarang rundingan perlu melindungi kedaulatan Ukraine dan tidak memberi ruang kepada sebarang bentuk penyerahan politik mahupun wilayah.
00:27Beliau memberi amaran bahawa minggu mendatang bakal menjadi antara tempoh paling sukar dengan peningkatan tekanan politik, maklumat dan cubaan memecah belahkan rakyat Ukraine.
00:38Zelensky menyifatkan tekanan itu sebagai usaha musuh untuk melemahkan semangat nasional dan mengagalkan hala tujuh Ukraine menuju keamanan.
00:46Presiden itu menggesa rakyat kekal bersatu dan sedar akan cabaran yang menanti sambil menegaskan bahawa masa depan negara bergantung kepada ketahanan mereka menghadapi tekanan tersebut.
Be the first to comment