WWF-Malaysia memberi amaran bahawa perdagangan tidak terkawal melibatkan ikan yu dan pari boleh menjejaskan keseimbangan ekosistem laut. Cadangan turut dikemukakan agar kerajaan menambah senarai spesis dilindungi bagi mengelakkan kepupusan.
00:00Perdagangan tidak terkawal oleh individu tidak bertanggungjawab melibatkan spesies ikan yu dan ikan pari berpotensi menjejaskan keseimbangan ekosistem laut.
00:09Menurut Amirah Amir, pengurus Jejak Marin WWF Malaysia, aktiviti sedemikian turut menyebabkan kedua-dua spesies itu berada pada tahap populasi yang semakin terancam.
00:19Pernahnya spesies, kedua-dua spesies ini dia membiak secara perlahan, dia lambat matang dan dia juga menghasilkan anak yang sikit.
00:33Bukan banyak kan macam telur banyak-banyak itu memang taklah dia menghasilkan anak yang sedikit.
00:38Sebab itu mereka sangat mudah terdedah kepada eksploitasi, kepada penangkapan yang berlebihan.
00:45Dan fungsi, fungsi spesies ini, ikan yu dengan pari ini, dia membantu memastikan lautan itu kekal sihat.
00:56Mereka bagi ekosistem laut itu seimbang dan juga dia mengawal populasi ikan itu dalam satu ekosistem marin.
01:07Beliau berkata demikian ketika ditemubual dalam rancangan awal ini pagi pada Sabtu,
01:12mengulas isu perdagangan laut tidak terkawal melibatkan ikan yu dan pari.
01:16Dalam berita itu, Amirah turut mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan penambahan jumlah spesies hidupan laut yang dilindungi,
01:23memandangkan ketika ini hanya 11 spesies tersenarai.
01:26Beliau mengesyorkan agar spesies jerung panji untuk dipertimbangkan bagi dimasukkan ke dalam senarai tersebut.
01:32Jelasnya memperluas senarai spesies dilindungi adalah penting bagi memastikan ekosistem laut terus terpelihara
01:38dan mengelakkan mana-mana spesies daripada menjadi semakin terancam.
Be the first to comment