Pentadbiran Trump dan Universiti Harvard hampir memuktamadkan rundingan selepas siasatan kontroversi berkaitan dasar, kewangan dan kerjasama luar negara.
00:00Rundingan antara pentadbiran Presiden Donald Trump dan Universiti Harvard kini mengampiri fasa akhir.
00:06Menurut Setiusa Pendidikan Amerika Lidang McMahon, perbincangan antara kerajaan dan universiti terkemuka itu berjalan secara berterusan dengan pintu sentiasa terbuka.
00:15Pentadbiran Trump sebelum ini membuka beberapa siasatan terhadap Harvard bagi memantau pematuhannya terhadap arahan dan dasar yang ditetapkan oleh Presiden, satu tindakan yang dikritik sebagai bermotifkan politik oleh pihak tertentu.
00:37Tekanan terhadap institusi pendidikan tinggi termasuk Harvard ditingkatkan atas pelbagai isu seperti ketelusan kewangan, dasar kemasukan pelajar, penggunaan dana persekutuan dan kerjasama dengan entiti luar negara.
00:48Siasatan terhadap Harvard mencetuskan perdebatan nasional dengan penyokong kerajaan menyatakan ia perlu untuk memastikan universiti mematuhi undang-undang dan dasar persekutuan.
00:56Namun, pengkritik pula menuduh langkah itu sebagai cubaan mencampuri urusan akademik dan menghukum institusi yang dilihat kurang sehaluan dengan pentadbiran Trump.
01:04Rundingan yang sedang berlangsung dicangka menjadi penentu kepada bagaimana hubungan antara kerajaan persekutuan dan universiti berprastage itu akan bergerak selepas ini.
Be the first to comment