Bandar utama termasuk di Lembah Klang dan Pulau Pinang dikesan mengalami kepadatan penduduk tinggi dengan Kuala Lumpur mencatatkan keberadaan 8,235 orang bagi setiap kilometer (km) persegi.
00:00Bandar utama termasuk di Lembah Kelang dan Pulau Pinang dikesan mengalami kepadatan penduduk tinggi dengan Kuala Lumpur mencatatkan keberadaan 8,235 orang bagi setiap kilometer persegi.
00:13Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Ngakoming berkata atas dasar itu bagi memastikan adanya kemudahan pendidikan bagi setiap pembangunan baharu dalam cabaran kepadatan penduduk yang tinggi di kawasan bandar, penyediaan tapak terbabit akan ditentukan berdasarkan ambang populasi.
00:33Boleh berkata sebagai contoh, pembangunan perumahan baharu yang menjana seramai 7,500 penduduk memerlukan satu tapak sekolah rendah seluas minimum 2.4 hektare.
00:43Sementara pembangunan janaan penduduk seramai 8,750 orang akan memerlukan satu tapak sekolah mendengah seluas minimum 3.2 hektare.
00:53Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen.
00:56Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Sempurna Datuk Seri Muhammad Syafiq Abdal yang meminta beliau menyatakan berkenaan saranan Perdana Menteri Datuk Serihan Ibrahim mewajibkan penyediaan kemudahan pendidikan bagi projek perumahan berskala besar.
01:09Pada masa sama, Komi berkata kadar perbandaran negara terus meningkat daripada 71% pada 2010 kepada 75.8% pada 2024 dan akan terus meningkat kepada 80% pada 2030.
01:23Ia sekaligus menyebabkan berlakunya kesisakan di sekolah di kawasan bandar berkenaan akibat penambahan pelajar setiap tahun.
01:29Keadaan itu diburukkan lagi dengan kekurangan tanah di kawasan bandar yang menyukarkan pembinaan sekolah baru melalui kaedah konvensional secara pembangunan di atas tanah yang luas.
01:39Justru katanya dalam usaha untuk memastikan akses pendidikan dan modak insannya berkualiti,
01:44konsep sekolah vertikal dilihat sebagai satu penyelesaian mampan bagi memenuhi keperluan akses pendidikan bagi bandar padat di Malaysia.
01:52Pada masa sama, Komi berkata sekolah vertikal adalah institusi pendidikan yang dibina secara bertingkat tinggi mirip dengan model yang digunakan di negara maju seperti di Australia, Singapura, Hong Kong dan Jepun.
02:05Katanya, garis panduan perancangan sekolah vertikal di sekim perumahan berbilang tingkat sudah dibentang dan diluluskan di Mesyuarat Majlis Perancangan Fizikal Negara ke-49 yang dipenguruskan Perdana Menteri pada 13 Oktober lalu.
Be the first to comment