Sentimen pengundi di Pantai Timur Sabah dilihat kembali memihak kepada Warisan susulan kekecewaan berpanjangan terhadap isu infrastruktur, peluang pekerjaan dan kelemahan dasar pembangunan yang menekan kehidupan harian rakyat.
00:00Calon warisan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Don Kukusan, Maamun Sulaiman mendakwa sentimen pengundi di Pantai Timur Sabah dilihat kembali memihak kepada parti itu.
00:10Menurutnya, ini kerana kekecewaan berpanjangan terhadap isu infrastruktur, peluang pekerjaan dan kelemahan dasar pembangunan yang menekan kehidupan harian rakyat.
00:22khususnya dalam menangani masalah asas seperti bekalan elektrik, air, jalan raya dan peluang ekonomi yang semakin mengecil bagi anak muda.
00:31Mengulas lanjut, Maamun berkata rungutan rakyat di lapangan jelas menunjukkan hasrat melihat perubahan yang lebih tegas.
00:38Saya yakin orang-orang di Pantai Timur malahan di Sabah ini akan beralih kepada parti warisan.
00:44Kita yakin dengan yang di lapangan ini, orang semua mengeluh, mengeluh masalah infra, terutamanya infra lah, infrastruktur seperti air elektrik, jalan raya dan peluang ekonomi itu memang terhadlah kepada orang-orang Sabah ini.
01:03Terpaksa kita di Tawau ini, satu tempat yang orang bilang sangat-sangat advantage lah dari segi lokasi sebab kita di sempadan Indonesia-Malaysia.
01:13Bekas ahli Parlimen Kalabakai ini menambah isu pengangguran juga antara punca utama penghijrahan besar-besara rakyat Sabah ke Semenanjung dan luar negara.
01:22Ada 300 ribu orang Sabah yang terpaksa berhijar ke Semenanjung mencari rezeki.
01:28Ini belum dicampur lagi anak-anak Sabah yang terpaksa pergi Korea. Ada yang pergi Korea, ada yang pergi Australia mencari.
01:36Jadi apa yang kita lihat keadaan Sabah ini dengan orang bilang hasil negeri yang begitu banyak, kita ada minyak, kita ada gas, kita ada kayu balak, kita ada hasil sawit, tanah paling subur, pelancongan paling cantik di Sabah ini.
01:53Tapi kenapa kita tidak dapat menyediakan pekerjaan kepada anak Sabah? Itu satu isu besar di Sabah ini.
01:59Beliau menegaskan bahawa keadaan itu harus dihentikan dan menjadi salah satu fokus beliau sekiranya diberi mandat sebagai adun kukusan pada 29 November depan.
02:08Menurut si saingan di dun kukusan, Makmun bakal berhentap dengan 9 calon lain termasuk kakak kandungnya, Chaya Sulaiman yang bertanding atas tiket Barisan Nasional BN.
02:17Chaya kembali bersaing buat kali kedua bagi kerusi itu selepas tewas kepada penyandang Datuk Rina Jaina pada 2020 yang turut kembali mempertahankan kerusi dun tersebut atas tiket bebas.
Be the first to comment