Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Kementerian Pelancongan sedang menilai semula sasaran kedatangan pelancong bagi Tahun Melawat Malaysia 2026 selepas jumlah pelancong tahun lalu melepasi 38 juta, dengan harapan capai lebih 40 juta.
Transcript
00:00Kerajaan sedang meneliti semula sasaran kedatangan pelancong bagi Tahun Melawat Malaysia 2026, TMM 2026, susulan prestasi kukuh sektor pelancongan negara.
00:12Menurut Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Singh, Kementerian sedang menilai semula sasaran awal sebanyak 35.6 juta pelancong selepas jumlah ketibaan pelancong pada tahun lepas telah melepasi jangkaan dengan 38 juta pelancong.
00:30Ujanya kementerian tersebut akan melakukan lebih banyak usaha dan berharap dapat mencapai lebih 40 juta pelancong dengan sokongan semua pihak.
00:38Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman MOU antara Resorts World Genting dan Tourism Malaysia sempena TMM 2026 pada Khamis.
00:49King Singh ketika menjawab pertanyaan mengenai isu tol Genting Highlands berkata jalan menuju ke kawasan tanah tinggi itu dimiliki dan disenggara oleh pihak swasta.
00:56Jelasnya jalan itu memerlukan penyelenggaraan rapi disebabkan bentuk muka bumi berbukit dan risiko hakisan dan pengendali sentiasa pantas serta proaktif menjalankan kerja pembaikan bagi memastikan laluan itu boleh digunakan.
01:09Beliau turut meminta agar kumpulan tertentu seperti bekerja dan penduduk motosikal dikecualikan daripada bayaran tol supaya mereka tidak terbeban dan menggesa rakan niaga turut memastikan kebajikan kaki tangan mereka terpelihara.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended